Lebih 97 peratus calon SPM telah divaksin – Radzi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Lebih 97 peratus pelajar tingkatan lima seluruh negara sudah menerima suntikan dos pertama COVID-19, manakala sekitar 50 peratus sudah lengkap dua dos vaksin,” kata Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

Beliau memberitahu, Kementerian Pendidikan (KPM) sedang memantau keadaan vaksinasi pelajar kelas peperiksaan ini.

“Jika sudah sampai ke tahap tertentu dan dirasakan sesuai untuk membawa mereka balik tanpa penggiliran, maka kita akan laksanakannya,” katanya selepas melakukan lawatan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Zainun, sempena pembukaan sekolah Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), di Tampin, pada Isnin.

Radzi memberitahu, mengenai kehadiran pelajar Fasa Empat PPN, beliau berkata, pelajar baharu yang hadir bagi Kumpulan B hari ini membabitkan Negeri Sembilan dan Labuan serta Langkawi, Kedah, semalam.

“Ia membabitkan kalangan pelajar dari Tingkatan Tiga dan Empat di sekolah menengah (SM), manakala murid Tahun Satu, Dua dan Tiga, bagi SK,” katanya.

Radzi berkata, secara keseluruhannya, jumlah kehadiran pelajar ke sekolah memuaskan, dengan 340,000 pelajar direkodkan hadir ke sekolah di seluruh negara.

Beliau berkata, ia satu proses kemasukan berperingkat bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi dengan baik.

“Jika ada keperluan, kementerian akan melakukan penambahbaikan terhadap SOP sebelum kumpulan berikutnya mula memasuki sekolah,” katanya.

Jelas Radzi, KPM sedang mempertimbangkan untuk membolehkan pelajar Tingkatan Lima mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah tanpa penggiliran.

Ujarnya untuk tujuan itu, pihaknya sedang berbincang dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dari segi kadar vaksinasi dalam kalangan pelajar berkenaan.

“Seperti kita tahu, pelajar sudah mula masuk ke sekolah dan prosedur operasi standard (SOP) juga didapati dilaksanakan dengan baik, namun ada kumpulan pelajar yang mungkin tidak akan adakan penggiliran.

“Dalam hal ini, mungkin kita (KPM) akan adakan bagi pelajar kelas peperiksaan terlebih dulu seperti yang kita laksanakan terhadap pelajar yang menghadapi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) semester dua tempoh hari.

“Namun, memandangkan jumlah yang terbabit agak besar, kita sedang berbincang dengan KKM untuk melihat apakah kadar vaksinasi yang membolehkan pelajar Tingkatan Lima boleh dibawa masuk tanpa penggiliran,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat