Panggil ‘dajjal’ atau apa saja, saya tetap bertegas dengan antivaksin – KJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Panggillah saya dajal atau apa saja, maaf saya perlu bertegas terhadap golongan antivaksin ini,” kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau tampil mempertahankan kenyataannya untuk terus menyusahkan golongan antivaksin malah akan menggunakan jalan undang-undang bagi membanteras ideologi kelompok penentang vaksin berkenaan.

Khairy berkata demikian sebagai respons kepada cadangan yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakni supaya Kementerian Kesihatan (KKM) dan kerajaan bertindak dengan mematahkan hujah saintifik kumpulan antivaksin dengan kertas kajian saintifik yang kuat bukannya memilih jalan menghukum.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) tegas menyatakan bahawa cara Khairy yang mahu menggunakan pendekatan undang-undang untuk memberi tekanan kepada golongan menolak vaksin ini sebagai tidak kena cara dan ‘sombong’.

“Nak kata kerajaan tidak cukup bagi penerangan tentang vaksin, tidak betul.

“Kita dah kemukakan segala bukti saintifik tentang keberkesanan vaksin COVID-19 dari awal lagi. Dan kita terus memberi penerangan,” katanya dalam ciapan Twitter pada Isnin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat