Kes Harian Terus Catat Penurunan, 5,434 Kes Direkodkan Hari Ini – KP Kesihatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jumlah kes harian COVID-19 di Malaysia kekal menunjukkan trend penurunan dengan 5,434 kes baharu dilaporkan setakat 12 tengah hari tadi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 2,396,121, Malaysia merekodkan 6,145 kes harian pada Ahad.

Beliau berkata daripada jumlah kes baharu hari ini, hanya 151 kes atau 2.8 peratus melibatkan Kategori Tiga, Empat dan Lima, manakala baki 5,283 kes atau 97.2 peratus terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.

“Daripada jumlah kes baharu itu, lima kes adalah kes import manakala 5,429 kes melibatkan penularan tempatan,” katanya dalam kenyataan mengenai situasi COVID-19 hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, sebanyak 8,435 kes sembuh dilaporkan hari ini, sekali gus mengatasi kes baharu.

Selain itu, terdapat 682 kes yang disahkan COVID-19 dan memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 357 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, beliau berkata 15 kluster baharu telah dikenal pasti membabitkan sembilan kluster tempat kerja, dua kluster komuniti, dua kluster pendidikan lain dan masing-masing satu kluster keagamaan dan kluster kumpulan berisiko tinggi.

Maklumat terperinci berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuat naik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my dan data akan dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat