Mampukah Bersatu ‘Survive’ Di Melaka Tanpa Undi DAP? – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka medan terbaik untuk Bersatu buktikan parti itu boleh ‘ survive’ terutama tanpa undi DAP.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi berkata, PRN Melaka juga gelanggang terbaik UMNO tidak kerjasama dengan Bersatu.

Malah kata Puad, pilihan raya itu juga masa terbaik untuk PAS buat pendirian tegas.

“Tidak boleh tengah tengah. Tiada dua lawan. Penyatuan ummah cara politik hanya menyakitkan hati dan retorik,” bidas Puad dalam catatan di Facebooknya pada Isnin.

Beliau tegas memberitahu bahawa amat wajar UMNO bertanding solo guna logo Barisan Nasional (BN) dalam PRN Melaka November ini.

“Tetapi solo yang bersifat longgar. Maksud “Solo flexible” ialah UMNO tidak terikat dengan “gabungan parti politik”.

“Tetapi sedia bentuk persefahaman di kerusi potensi menang untuk kedua dua belah pihak kecuali Bersatu .

“Bersatu boleh buktikan, apakah tanpa PH parti itu boleh survive terutama tanpa undi DAP,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,581FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat