Malaysia-Australia Setuju Perkukuh Kerjasama Dua Hala – PM

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kerjasama Malaysia-Australia akan diperkukuhkan.

Jelasnya, beliau telah menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Australia, Scott Marrison dimana PM Australia itu telah memaklumkan dan memberikan penjelasan kepada Malaysia mengenai penubuhan kerjasama tiga hala antara Australia – United Kingdom – Amerika Syarikat yang dikenali sebagai AUKUS.

Kata Ismail Sabri lagi, antara tujuan penubuhannya adalah untuk membantu Australia memperolehi kapal selam berkuasa nuklear.

“Saya mengambil maklum perkara tersebut dan menegaskan pendirian Malaysia terhadap penubuhan AUKUS ini. Perdana Menteri Malaysia menyuarakan kegusaran terhadap kerjasama AUKUS ini yang bakal memangkin perlumbaan persenjataan nuklear di rantau Indo-Pasifik.

“Pada masa yang sama, ia akan memprovokasi kuasa kuasa lain untuk turut bertindak lebih agresif di rantau ini terutamanya di Laut China Selatan. Sebagai sebuah negara dalam ASEAN, Malaysia memegang prinsip untuk mengekalkan ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN).” tegas Perdana Menteri.

Dalam pada itu, beliau juga menekankan kepentingan menghormati dan mematuhi pendirian dan pendekatan sedia ada Malaysia terhadap kapal selam berkuasa nuklear yang beroperasi di perairan Malaysia, termasuk di bawah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkaitan Undang-Undang Laut 1982 (United Nations Convention on the Law of the Sea – UNCLOS) dan Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (Southeast Asia Nuclear Weapons Free Zone – SEANWFZ).

Selain itu, kedua-dua pemimpin turut mencapai kata sepakat dalam memperbaharui komitmen bersama bagi mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa, khususnya di rantau Indo-Pasifik.

“Saya menggesa semua pihak agar mengelakkan sebarang provokasi serta persaingan senjata di rantau ini, selain menekankan kepentingan menghormati dan mematuhi pendirian serta pendekatan sedia ada. Malaysia dan Australia bersetuju memperkukuhkan kerjasama dan konsultasi dalam pelbagai aspek, termasuk dalam bidang pertahanan di bawah Perkongsian Strategik Komprehensif (Comprehensive Strategic Partnership).” Katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat