PM Bangga Dr Suzanna diiktiraf ikon wanita dunia dalam bidang carialamat oleh IMRF

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan tahniah kepada Komander (M) Dr Suzanna Razali Chan dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) atas pengiktirafan sebagai ikon wanita dunia dalam bidang carialamat oleh International Rescue Federation (IMRF).

Jelas Perdana Menteri, pengiktirafan ini bukan sekadar menjadi kebanggaan seluruh Keluarga Malaysia, malah menjadi sumber inspirasi dan semangat bagi semua pihak dalam menjaga keselamatan rakyat dan kedaulatan negara.

Katanya lagi, Dr Suzanna adalah wanita pertama dari rantau Asia Tenggara yang dipilih menerima anugerah yang amat berprestij ini.

“Tahniah saya ucapkan kepada salah seorang warga Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Komander (M) Dr Suzanna binti Razali Chan yang diiktiraf sebagai ikon wanita dunia dalam bidang carilamat oleh International Maritime Rescue Federation (IMRF).

“Dr. Suzanna yang merupakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana Maritim Malaysia, adalah wanita pertama dari rantau Asia Tenggara yang dipilih menerima anugerah yang amat berprestij ini.” ucap beliau melalui Facebooknya.

Menerusi IMRF Awards 2021, Suzanna dinobat sebagai ikon bagi kategori itu berdasarkan komitmen, kelayakan dan kepakarannya dalam bidang mencari dan menyelamat maritim (MSAR) malah, beliau juga adalah wanita pertama di rantau Asia Tenggara memenangi anugerah tersebut.

May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎ايت MARITI INTERNATIONA MARITIME RESCUE SUZANNA 8305 #IMRF TAHNIAH KOMANDER (M) DR SUZANNA BINTI RAZALI CHAN Pemenang Tempat Ke-2 "Women in SAR Award" YAB DATO' SRI ISMAIL SABRI YAAKOB PERDANA MENTERI #KeluargaMalaysia #BekerjaBersamaRakyat ismailsabri60‎"‎‎

Anugerah disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif IMRF Theresa Crossley secara dalam talian menerusi Majlis Penganugerahan IMRF Awards 2021 yang berlangsung dari London, United Kingdom melalui akaun Youtube rasmi IMRF pada 14 Sept lepas.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memaklumkan, Suzanna dianugerahkan IMRF Awards 2021 setelah berjaya menarik perhatian IMRF menerusi pencapaian dan prestasinya di dalam dan luar negara serta tersenarai dalam finalis Runner Up bagi kategori ‘Women in SAR’.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat