Gimnasium kini boleh dibuka dengan pematuhan spesifikasi pengudaraan – Ahmad Faizal

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Gimnasium dalam negeri fasa 2, 3 dan 4 kini dibenarkan beroperasi serta-merta dengan pematuhan spesifikasi sistem pengudaraan yang ditetapkan dan hanya dibenarkan menerima individu yang telah lengkap vaksinasi.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, menerusi ciapan akaun Twitter @PejaOfPerak, mengumumkan “Gimnasium sekarang dibuka untuk beroperasi. Tolong patuhi SOP khususnya garis panduan pengudaraan. Nikmati hidup sihat!”

Ahmad Faizal  memuat naik dokumen berjudul “Guidance Document on Ventilation for Gymnasium During National Recovery Plan” yang telah disediakan oleh Kementerian Kesihatan.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien serta Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang menyokong cadangan pembukaan tersebut.

Sebelum ini berlaku kekeliruan apabila Kementerian Belia dan Sukan beranggapan gimnasium dibenarkan beroperasi dalam negeri-negeri fasa 2 dan 3 (PPN) berikutan SOP yang ditetapkan untuk sukan dan riadah dilihat merangkumi pembukaan gimnasium.

Antara SOP sukan dan riada yang diumumkan beberapa hari lalu ialah:

i. Semua aktiviti sukan dan rekreasi bersentuhan atau tidak bersentuhan fizikal yang dilakukan secara individu atau berkumpulan di kawasan tertutup (indoor) adalah TERHAD bagi individu yang telah melengkapkan vaksinasi bermula jam 6 00 pagi hingga 10 00 malam tertakluk kepada arahan kawalan pergerakan yang sedang berkuatkuasa.

ii. Pengoperasian semua fasiliti sukan dan rekreasi tertutup dengan pematuhan kepada 50 kapasiti penggunaan kawasan dengan kawalan penyeliaan Kehadiran pekerja adalah tidak melebihi 60 tenaga kerja merangkumi pengurusan dan operasi Penggunaan adalah dalam kalangan individu yang telah melengkapkan vaksinasi sahaja.

iii. Individu yang telah menerima vaksinasi lengkap juga dibenarkan membawa anak anak berusia 17 tahun dan ke bawah bagi aktiviti tersebut dengan pematuhan SOP yang ketat

Kekeliruan ini menyebabkan KBS memohon maaf dan berjanji untuk mendapatkan kebenaran pengeoperasian gimanasium secepat mungkin.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat