Belanjawan 2022: Ph Ambil Sikap Berkecuali Jika Ada Tidak Dibincang

- Advertisement -

SHAH ALAM – Pakatan Harapan (PH) akan mengambil sikap berkecuali di dalam Belanjawan 2022 sekiranya terdapat perkara yang tidak dibincangkan oleh kerajaan dengan mereka.

Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, ini kerana dalam klausa Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dibincangkan, semua perkara mengenai perbekalan mestilah dibincang dan dipersetujui oleh PH.

“Hanya dengan itu kita boleh sokong. Kalau dia (kerajaan) tidak bincang dan tidak ada persetujuan, mungkin akan timbul bantahan atau kritikan terhadap perkara-perkara yang tidak termasuk dalam perbincangan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Kompleks Karangkraf, di sini pada Jumaat.

Kerajaan dan PH baru-baru ini menandatangani MoU dalam urusan pentadbiran negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, MoU yang dimaktubkan itu merangkumi enam agenda iaitu pemerkasaan pelan Covid-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, perjanjian Malaysia MA63 dan pembentukan jawatankuasa pemandu.

Mengulas lanjut, Noor Amin menambah, menerusi MoU ini juga, pembangkang memberi jaminan untuk tidak memanggil undi tidak percaya.

Dalam pada itu, beliau berkata, permintaan PH terhadap kerajaan menerusi MoU itu juga banyak.

“Tetapi ini perkara-perkara yang dipersetujui buat masa ini dan kalau kita tengok dalam MoU ini, ada lagi ruang untuk rundingan selanjutnya terutama dalam perkara-perkara perbekalan.

– Sinar Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat