Belanjawan 2022: Mengukuhkan Pertahanan dan Membela Kebajikan Anggota ATM Antara Fokus Hishammuddin

- Advertisement -

PUTRAJAYA:Kementerian Pertahanan komited untuk terus memperkasakan kekuatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya berkaitan memperkukuhkan pertahanan negara dan membela kebajikan anggota, veteran ATM serta ahli keluarga mereka.

Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn berkata, melalui Sesi Libat Urus Belanjawan 2022 beliau bersama Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz pagi tadi, Kementerian Pertahanan akan mempastikan Belajawan 2022 yang bakal dibentangkan oleh Menteri Kewangan pada 29 Oktober ini akan memberi fokus ke arah tersebut.

“Sesi Libat Urus #Belanjawan2022 bersama Menteri Kewangan Tengku Zafrul pagi ini cukup penting untuk saya perincikan hasrat dan perancangan ke hadapan Kementerian Pertahanan Malaysia dari sudut pengurusan serta pembangunan bagi pertimbangan Kementerian Kewangan Malaysia.

“Tumpuannya bukan sahaja demi perkukuh pertahanan negara malah membela kebajikan anggota, veteran ATM dan ahli keluarga mereka. Semoga setiap yang dirancang dipermudahkan oleh Allah SWT.” kata Hishammudin di Facebooknya.

May be an image of television, screen and indoor
Sesi Libat Urus #Belanjawan2022 Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishammudin Tun Hussein bersama Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Terdahulu, pada Belanjawan 2021, kerajaan memperuntukkan RM16 bilion kepada Kementerian Pertahanan.

“Bagi memastikan kesiapsiagaan aset-aset utama Angkatan Tentera Malaysia, kerajaan akan menaikkan peruntukan penyelenggaraan kepada RM 2.3 bilion bagi tahun 2021 berbanding RM 2 bilion sebelum ini,” kata Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat.” -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat