UMNO perlu dipulihkan, bukan ‘label-melabel’ – Ketua Pemuda UMNO

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Akmal Saleh menyelar sikap ahli UMNO yang suka menggelar (melabel) seseorang yang tidak sependapat dengan mereka dengan pelbagai gelaran.

Kata Dr.Akmal, UMNO perlu segera dipulihkan dan bukannya menuduh tanpa asas.

Semalam tular gambar beliau bersama bekas Menteri Pertahanan Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussien dengan melabelnya sebagai ‘budak Hisham’.

“Game label melabel sudah bermula,

“Tular sejak semalam gambar saya bersama dengan dato seri hishamudin dikeluarkan,dan ada yang mengatakan bahawa saya berkomplot dengan beliau dan ada juga menyatakan bahawa saya dicop sebagai budak hisham dan sebagainya

“Suka saya ingin menjelaskan,gambar yang ditularkan ini adalah di perjumpaan saya dengan beliau pada 25/09/2019

“Ya 2019!!! Ketika UMNO masih lagi pembangkang dan kerajaan ketika itu adalah PH dan saya hanyalah sebagai ketua pemuda UMNO bahagian Jasin dan belum lagi menjadi ketua pemuda UMNO Malaysia,” jelas Dr Akmal yang juga Ahli Undangan Negeri Merlimau.

Jelas Dr Akmal lagi, ketika gambar itu diambil, Hishammuddin masih ahli UMNO (tidak digantung keahlian).

Beliau menyeru ahli-ahli UMNO agar menghentikan melabel ini dan fokus untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada parti UMNO.

“Dan ketika beliau juga masih lagi ahli UMNO,

“Cukup cukupla lah kita nak melabel sana sini,

“UMNO ini perlu dipulihkan,bukan terus dengan tuduh menuduh tanpa asas,

“Tugas kita untuk kembalikan kepercayaan rakyat kepada UMNO, bukan menjauhkan rakyat dari UMNO..,” ujar Dr Akmal. -SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat