PdPR Sekolah Akan Disambung Sehingga 31 Ogos – KPM

- Advertisement -

CYBERJAYA: Sesi persekolahan selepas cuti pertengahan penggal tamat akan diteruskan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sehingga 31 Ogos  2021.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia keputusan ini dibuat setelah mengambil kira situasi semasa pandemik COVID-19 dan perbincangan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ketetapan ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.

Pada masa ini sekolah sedang menjalani cuti pertengahan penggal selama seminggu dan akan dibuka kembali pada 25 dan 26 Julai nanti.

Kenyataan media KPM turut menjangkakan sesi persekolahan untuk Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bersemuka akan dimulakan semula secara berperingkat mulai 1 September.

KPM turut memaklumkan mereka sentiasa bekerjasama rapat dengan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) bagi memastikan kadar vaksinasi dalam kalangan guru, pentadbir dan kakitangan sokongan di sekolah dapat terus ditingkatkan.

Menurut KPM,  sehingga semalam, seramai 253,366 guru dan pentadbir (61.3 peratus) serta 10,876 orang kakitangan sokongan (46.33 peratus) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

“KPM akan terus mengambil kira penilaian risiko oleh KKM dan MKN bagi melihat sekiranya terdapat keperluan untuk membuat perubahan terhadap tarikh tersebut. Sebarang perubahan akan dimaklumkan lebih awal,” jelas KPM dalam kenyataan medianya.

KPM turut memaklumkan perincian lanjut mengenai pembukaan sekolah bagi sesi PdP secara bersemuka selewat-lewatnya seminggu sebelum sekolah dibuka. – SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat