Adun DAP Bersama Rombongan Lakukan Aktiviti Perkhemahan Di Cameron Highlands?

- Advertisement -

KUANTAN: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Selangor difahamkan ditahan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) kerana dikatakan memasuki kawasan hutan di Cameron Highlands tanpa kebenaran.

Difahamkan JPNP dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menahan ahli rombongan diketuai ADUN berkenaan seramai kira-kira 29 orang.

Kesemua mereka yang menaiki kenderaan jenis pacuan empat roda difahamkan ditahan kira-kira pukul 1 pagi tadi ketika sedang berkhemah di situ.

Timbul persoalan, apakah tujuan wakil rakyat tersebut datang dari Selangor dengan membawa rombongan masuk ke kawasan hutan di negeri ini?

Tambahan lagi, ketika ini fasa sekatan perjalanan menyeluruh (total lockdown) sedang dilaksanakan yang tidak membenarkan aktiviti rentas daerah dan negeri.

Pengarah JPNP, Datuk Dr. Hizamri Mohd. Yasin mengesahkan tentang penahanan itu.

Cuma katanya, beliau belum menerima laporan dan butiran lengkap dari pegawainya di sana.

-UTUSAN ONLINE

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat