Penjara Batal Perjumpaan Bersemuka Keluarga Sempena Aidiladha

- Advertisement -

KAJANG  – Jabatan Penjara Malaysia menangguhkan semua perjumpaan keluarga bersama penghuni sempena sambutan Hari Raya Aidiladha bagi tahun 2021 di semua penjara sebagai langkah mencegah penularan COVID-19.

Walau bagaimanapun, bagi tujuan penggantian kepada perjumpaan tersebut, Jabatan Penjara membenarkan dan memberikan keutamaan penggunaan sidang video melalui e-mel Jabatan (Icewarp) bermula pada 21 Julai 2021 sehingga 25 Julai 2021 (5 hari).

Penggunaan kaedah tersebut (Icewarp) hanya dibenarkan kepada keluarga yang membuat tempahan dan hanya satu panggilan sahaja dibenarkan untuk memberi peluang kepada penghuni yang lain. Tempahan boleh dibuat mulai hari ini melalui dua (2) kaedah iaitu:

i. Panggilan telefon di penjara berkenaan dan
ii. E-mel atau surat ke penjara berkenaan.

Penjara-penjara berkaitan akan menetapkan tarikh perjumpaan dengan tempoh masa bergantung kepada situasi semasa penjara berkenaan.

Penghuni juga dibenarkan menggunakan kemudahan telefon prabayar yang disediakan untuk menghubungi keluarga sekiranya perlu.

Sila hubungi penjara berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Maklumat berhubung sesebuah penjara boleh didapati di laman web Jabatan Penjara Malaysia: www.prison.gov.my

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat