Bank Dunia Puji Langkah Malaysia Semak Semula Garis Kemiskinan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bank Dunia hari ini memuji tindakan Malaysia menaikkan had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) kepada RM2,208 berbanding RM980 baru-baru ini yang disifatkan dapat membantu kerajaan memastikan semua rakyat mencapai standard kehidupan minimum baharu yang lebih konsisten dengan keadaan semasa.

Ahli Ekonomi Kanan Bank Dunia, Kenneth Simler berkata kaedah atau metodologi garis kemiskinan Malaysia sebelum ini juga tidak dikemaskini sejak 2005 dan nilai sebenarnya tidak berubah sejak dirangka pada 1977.

Malah, katanya, ini turut menunjukkan bahawa kesukaran serta kekurangan sebelum ini yang dianggap sebagai tidak bernasib baik serta diterima secara sosial, sebenarnya tidak lagi sesuai pada 2020.

– Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat