Guan Eng Mahu Kerajaan Lanjutkan Moratorium

- Advertisement -

PULAU PINANG – Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mahu kerajaan hari ini melanjutkan moratotium sehingga enam bulan lagi.

Harapan itu menurut Lim agar lanjutan itu boleh menyelamatkan sektor perniagaan dan juga pekerjaan.

“Kami (pembangkang) berharap kerajaan akan lanjutkan moratorium untuk tempoh enam bulan lagi seperti yang dilakukan Jepun.

“Kita minta itu dahulu, walaupun ada bermacam perkara (yang kita mahu kerajaan pertimbangkan),” katanya di satu majlis komuniti di Bukit Bendera dekat Pulau Pinang hari ini.

Bernama melaporkan, Lim dalam melalui cadangan  bantuan kewangan itu penting dalam memulihkan ekonomi dan rakyat.

Untuk rekod, ketika menjadi menteri kewangan ketika kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini, Lim banyak meluahkan kebimbangannya terhadap status kewangan negara yang boleh menjadikan negara ini muflis.

Pada 25 Mac lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan langkah moratorium meliputi penangguhan pembayaran balik pinjaman, penstrukturan semula baki kad kredit dan pinjaman korporat yang akan berakhir 30 Sept.

Langkah itu penting bagi membantu perniagaan dan individu, selepas Malaysia terjejas teruk akibat pandemik Covid-19, yang menyebabkan negara hampir lumpuh pada awal Mei.

Daripada fasa Perintah Kawalan Pergerakan yang diperkenalkan pada 18 Mac bagi membendung Covid-19, Malaysia kini berada pada fasa pemulihan, selepas berjaya mengawal pandemik itu.

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dilaksanakan sekarang ini memperlihatkan hampir keseluruhan sektor ekonomi dibuka semula dan PKPP ini dijangka berakhir pada 30 Ogos.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat