Nubhan Dan Isteri Bergaduh, Video Tular

- Advertisement -

“OTAK you (awak) letak kat (di) mana? Fikirlah sikit. Sekarang ini kereta hilang tau. I (saya) tak ada duit nak beli kereta tau tak?”

Itu kata-kata penyanyi, Nubhan yang ditujukan kepada isterinya, Afifah Hidayah Ahmad Tawfek berdasarkan video yang tular di media sosial, hari ini.

Video berdurasi 2 minit dan 43 saat yang dirakam seseorang dari dalam kereta itu seolah-olah memperlihatkan pasangan itu sedang bergaduh.

Nubhan ketika dihubungi bagaimanapun enggan mengulas lanjut video yang tersebar.

“Maaf tadi ada hal pula. Nak tanya fasal video ini? Biarlah kami bertenang dulu. Bagi selesaikan satu persatu. Tak nak nanti lagi parah,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai kesahihan kejadian yang berlaku, Nubhan yang juga bekas bintang Akademi Fantasia musim keenam mengambil pendekatan berdiam diri apabila pertanyaan itu tidak dijawab.

Nubhan dan isteri berkahwin pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata.

-Harian Metro-

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat