Penolong Jurutera PBT Pahang Direman SPRM

- Advertisement -

Majistret Nor Izzati Zakaria mengeluarkan perintah itu selepas lelaki berusia 37 tahun itu dibawa ke mahkamah pagi hari ini.

Pengarah SPRM Pahang Hairuzam Mohmad Amin Hamim berkata, suspek ditahan di pejabat SPRM Pahang di Kuantan pada 8.54 malam tadi ketika hadir untuk memberi keterangan.

“Suspek didakwa menerima rasuah untuk mempercepat permohonan pengubahsuaian rumah di Kuantan,” katanya dalam kenyataan di Kuantan hari ini.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 yang boleh membawa hukuman di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi jika disabitkan kesalahan.

Dipercayai kes itu berkaitan dengan penahanan seorang penolong jurutera oleh SPRM pada Khamis yang dipercayai menggunakan jawatannya bagi mengurangkan kadar bayaran rebat atas penama yang dia mempunyai kepentingan.

-Harian Metro-

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat