Najib Rakam Penghargaan Sokongan PAS Bantu Kemenangan BN Di PRK Chini

- Advertisement -

PETALING JAYA – Pengarah pilihan raya Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) DUN Chini, Najib Razak ketika merakamkan penghargaan ke atas kemenangan calonnya semalam, menyorot sokongan daripada pemimpin PAS sebagai penyumbang penting kejayaan itu.

Dalam kenyataan di Facebook beberapa minit selepas kemenangan BN diumumkan malam ini, Najib menamakan presiden PAS Abdul Hadi Awang; timbalan presiden Tuan Ibrahim Tuan Man; setiausaha agung Takiyuddin Hassan dan keseluruhan kepimpinan dan ahli parti itu.

“Terutama sekali jentera PAS Pahang, rakan-rakan yang bersama kita. Dari subuh ke tengah malam saya dengan mereka,” kata Najib yang juga ahli Parlimen Pekan.

Beliau berkata, kemenangan itu juga menunjukkan kerjasama dalam Muafakat Nasional antara Umno dan PAS telah berkembang ke tahap hubungan kekeluargaan yang erat.

Selain itu katanya, ia ditambah dengan sokongan daripada presiden PPBM Muhyiddin Yassin serta pemimpin kanan dan ahli akar umbi parti itu di Pekan.

Najib turut mengucapkan penghargaan kepada jentera BN dan pengundi di Chini.

DUN Chini merupakan sebahagian daripada Parlimen Pekan dan menurut Najib kemenangan itu adalah rentetan daripada siri kemenangan BN dalam PRK yang diadakan sebelum ini, termasuk Cameron Highlands, Semenyih, Rantau, Tanjung Piai dan Kimanis.

Dalam PRK semalam, calon BN Mohd Sharim Md Zain mengalahkan 2 calon Bebas dengan majoriti 12,650 undi.

Beliau memperoleh 13,872 undi, mengatasi Tengku zainul Hisham Tengku Husin yang mendapat 1,222 undi dan Mohd Shukri Mohd Ramli (137).

“Rakyat telah bersuara”, katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat