KUALA LUMPUR – Kacau-bilau Perikatan Nasional (PN) sebenarnya berpunca daripada penyakit hasad seseorang yang kalau dia tak dapat, orang lain pun tak boleh dapat.
Ahli Parlimen Machang Datuk Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa, selepas gagal tubuh kerajaan, Istana bersedia terima nama lain daripada PN dan Pas pun bersedia saja namakan dan ahli-ahli parlimen Bersatu pun bersedia. Tapi orang itu tetap berkeras: hanya aku seorang yang boleh dan layak.
“Usrah dengan Ayah Chik (Tan Sri Abdul Hadi Awang) semalam. Panjang lebar Ayah Chik cerita (unfiltered, saksi hidup) sejarah politik tanah air sampai terbentuknya PN dan kenapa PN gagal tubuh kerajaan selepas PRU15.
“Kacau-bilau PN sebenarnya berpunca daripada penyakit hasad seseorang yang kalau dia tak dapat, orang lain pun tak boleh dapat.
“Alkisah lepas gagal tubuh kerajaan, Istana bersedia terima nama lain daripada PN dan PAS pun bersedia saja namakan dan ahli-ahli parlimen Bersatu (original) pun bersedia. Tapi orang itu tetap berkeras: hanya aku seorang yang boleh dan layak.
“Hasad, angkuh dan “ananiyah” (ego/keakuan) seperti api dalam sekam; persis kanser ulu hati.
“Alhamdulillah barah ini kita dah rawat. Kita buang sel-sel kanser dalam batang tubuh PN.
“Apa-apa pun: Salam 3-0. Tak habis lagi. Ada 2-3 gol nak jaring lagi,” katanya.


