Forum Energy Asia sepatutnya dihadiri Rafizi dan Nik Nazmi, mereka adalah perintis – Akmal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata Forum Energy Asia semalam sepatutnya turut dihadiri Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad atas kapasiti mereka sebagai Menteri.

Menurut Akmal, bukan sahaja kehadiran, tetapi Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang menjadi ‘subject matter’ perbincangan mereka semalam juga dirintis oleh kedua-dua Rafizi dan Nik Nazmi di samping penjawat awam lain maka wajar kreditnya itu diberikan kepada mereka.

“NETR bukan sekadar pelan hala tuju – ia adalah pelaksanaan bahawa masa depan ekonomi kita mesti berpaksikan kelestarian.

“Dalam sektor tenaga, cabaran yang kita hadapi kini jauh lebih besar berbanding sepuluh dua puluh tahun yang lepas; dengan permintaan terhadap tenaga yang kian meningkat.

“Kita perlu memperkasa pengguna tenaga berskala besar untuk beralih kepada tenaga hijau. Melalui inisiatif Program Pembekalan Elektrik Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS), pusat data kini boleh mendapatkan tenaga boleh diperbaharui secara terus dengan pembekal melalui grid secara Akses Pihak Ketiga,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Jelas beliau lagi, di peringkat serantau, Malaysia sedang menggerakkan ASEAN Power Grid bagi membolehkan perdagangan tenaga rentas sempadan dan ketahanan bersama ketika permintaan memuncak.

“Dan ini satu perbincangan yang perlu kita mulakan walaupun mungkin sensitif : Bagaimana pula dengan tenaga nuklear ? Walaupun tidak diklasifikasikan sebagai tenaga boleh diperbaharui, teknologi nuklear baharu seperti Small Modular Reactors (SMRs) dan loji nuklear terapung wajar diteroka secara serius sebagai sebahagian daripada strategi Net Zero negara.

“Tanpa tenaga nuklear, sukar untuk Malaysia capai sasaran sifar bersih menjelang 2050”.

“Banyak laporan media laporkan kenyataan saya ini, kerana mungkin agak baru dan radikal, tapi saya akan terus bercakap mengenai hal yang sememangnya menjadi keperluan mendesak kita seperti tenaga nuklear,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat