KDN Serah Kepada Polis, SPRM Dedah Identiti Ahli Politik Lindungi Sindiket Judi

- Advertisement -

SUNGAI PETANI – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk membuat keputusan sama ada akan mendedahkan identiti pemimpin politik yang didakwa menaungi kegiatan perjudian dalam talian haram di negara ini.

Beliau berkata, perkara itu terpulang kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berdasarkan penilaian profesional mereka.

“Seperti yang disebut oleh SPRM dan Tan Sri Ketua Polis Negara (Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani), ada keperluan untuk kedua-dua badan penguat kuasa ini saling berkongsi maklumat. Jadi tentang apakah mereka akan mendedahkan itu, saya tinggalkan kepada penilaian profesional mereka,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Kementerian Dalam Negeri (KDN) Madani di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan aktiviti perjudian dalam talian di negara ini boleh mencecah nilai berbilion ringgit setiap bulan.

“Aktiviti judi dalam talian ini banyak jenis-jenisnya. Salah satunya nombor ramalan atau nombor ekor yang satu minggu nilainya mencecah sehingga RM250 juta. Itu baru satu jenis, belum yang lain. Hari itu pun saya paparkan hampir 100 laman web (berkaitan judi), saya cuma sebut beberapa sahaja.

“Jadi apabila kita tengok daripada segi saiz itu, jumlah kutipannya sangat besar dan mereka (sindiket) ini sangat besar serta menyimpan keuntungan dalam bentuk mata wang kripto,” katanya.

Saifuddin berkata, rangkaian terbabit juga menggunakan teknologi sangat maju.

Ketika ditanya sama ada kumpulan itu membiayai kegiatan politik di negara ini, beliau tidak menolak kemungkinan terhadap perkara itu kerana siasatan pihak berkuasa turut membawa kepada penemuan maklumat mengenai ‘naungan politik’ atau dilindungi orang politik. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat