Parlimen perlu diadakan secepat mungkin, Agong ulang titah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi bertegas menitahkan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

Seri Paduka Baginda dalam satu hantaran Facebook Istana Negara membangkitkan semula gesaan pandangan selepas Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara yang berlangsung pada Rabu lalu.

“Setelah memperhalusi semua pandangan para pemimpin parti politik, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 dan sembah taklimat para pakar dari agensi-agensi kerajaan maka Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

“Ini untuk membolehkan Ordinan-ordinan Darurat dan pelan pemulihan negara dibahaskan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat,” titahnya.

Semalam, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) berkata mereka mengambil maklum akan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah seperti yang dinyatakan Istana Negara semalam.

Dalam kenyataan Pejabat Perdana Menteri, berkata sebelum ini Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku perdana menteri sudah menyembah maklum dan menasihati Agong mengenai pengurusan pandemik Covid-19.

Selain itu katanya Agong juga disembah maklum mengenai penguatkuasaan Ordinan Darurat, pelaksanaan Program Imuniasi Covid-19 Kebangsaan serta hal-hal lain.

“Menjunjung titah pandangan Yang di-Pertuan Agong, kerajaan akan mengambil langkah-langkah susulan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat