Pemain Alih Botol Minuman Keras, Pasukan Akan Didenda

- Advertisement -

LONDON: Badan bola sepak Eropah, UEFA hari ini mengingatkan 24 pasukan yang bertanding dalam Euro 2020 agar memberitahu pemain mereka supaya berhenti daripada mengalihkan botol minuman penaja pada sidang akhbar.

Perbuatan mengalihkan botol minuman menjadi trend dalam sidang akhbar selepas dimulakan oleh Cristiano Ronaldo awal minggu ini, sebelum diikuti Paul Pogba and Manuel Locatelli.

Pengarah Pertandingan UEFA, Martin Kallen berkata, mereka tidak akan mengenakan denda terhadap pemain tetapi pasukan yang diwakili oleh pemain atas perbuatan itu.

Katanya, hadiah kemenangan yang diraih semua pasukan bertanding sebahagian daripadanya adalah hasil penajaan Cola-Cola, Heineken dan 10 penaja utama lain yang menyumbang kepada 2 bilion euro (RM9.87 bilion) pendapatan Euro 2020.

MANUEL Locatelli mengalihkan botol Coke di atas meja dalam sidang akhbar kelmarin.

“UEFA mahu mengingatkan pasukan bahawa penajaan amat penting untuk menjayakan kejohanan dan bagi memastikan pembangunan bola sepak di seluruh Eropah, termasuk peringkat belia dan wanita,” kata Kallen semalam.

Kata Kallen, pemain perlu mematuhi peraturan ditetapkan badan bola sepak Eropah itu, namun memahami tindakan pemain Muslim seperti Pogba yang mengalihkan botol minuman keras atas alasan fahaman agama.

 

PAUL Pogba mengalihkan botol minuman keras penaja Euro 2020 dalam sidang akhbar.

“Kami tidak akan mendenda pemain, sebaliknya pasukan yang kemudian boleh bertindak ke atas pemain mereka. Tetapi buat masa ini tiada tindakan terus daripada kami ke atas pemain.

“Kami mempunyai peraturan yang telah ditandatangani oleh semua negara bertanding,” katanya.

Isnin lalu, kapten Portugal, Ronaldo menimbulkan rasa tidak senang Coca-Cola apabila mengalihkan dua botol Coke yang berada di atas meja sambil menggalakkan orang ramai minum air kosong.

Sehari selepas itu, bintang tengah Perancis yang beragama Islam, Pogba mengikuti langkah Ronaldo dengan mengalihkan sebotol Heineken, manakala bintang tengah Itali, Locatelli menggantikan Coca-Cola dengan air kosong kelmarin.

-UTUSAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,560FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat