CITF Setuju, Calon SPM & STPM Diberi Keutamaan Mendapatkan Vaksin

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Cadangan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) agar pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 diberi keutamaan bagi mendapatkan vaksin Covid-19 telah dipersetujui.

Melalui hantaran Facebook, Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin memaklumkan, cadangan tersebut dipersetujui Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) yang dipengerusikan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin.

“Alhamdulillah, cadangan KPM agar murid kelas peperiksaan diberi keutamaan untuk divaksin telah dipersetujui CITF.

“Ini adalah susulan kelulusan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bagi penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak 12 tahun ke atas di negara ini.

“Bagi vaksinasi guru, sehingga kini lebih 90,000 orang guru telah menerima sekurang-kurangnya 1 dos suntikan vaksin,” katanya,.

Dalam pada itu Khairy Khairy pada sesi webinar anjuran Oxford and Cambridge Society of Malaysia turut menjelaskan, keutamaan vaksin turut diberikan kepada kira-kira 350,000 pelajar dan 47,000 guru yang terbabit kelas peperiksaan itu.

“Cadangan vaksinasi kepada pelajar kelas peperiksaan itu masuk akal kerana mereka boleh kembali ke sekolah secara berperingkat untuk persediaan menghadapi peperiksaan.

“Kami akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk fokus kepada kelas peperiksaan terlebih dahulu termasuk guru, kakitangan sokongan dan pelajar terlibat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat