Surat Terbuka U-Wei Saari Kepada Ahmad Idham

- Advertisement -

OLEH: U-Wei Bin Haji Saari

Bismillah Hirohma Nirohim

Salam Sejahtera Saudara Ahmad Idham Ketua Pengarah FINAS,

Surat terbuka ini saya tulis setelah menerima berita penolakan tanpa alasan oleh Finas bagi projeck filem kenegaraan. Ini disampaikan oleh penerbit saya iaitu Dato’ Azmir Saifuddin mantan Penolong Ketua Pengarah Finas dan filem diberi tajuk “Wangi Jadi Saksi’.

Ingin dinyatakan di sini surat rasmi penolakan dinyatakan melalui e-mail di bawah tajuk Keputusan Permohonan Dana Kandungan Digital dan tidak ada menyebut filem kenegaraan.

Saya pasti anda bukan sahaja sudah termaklum akan projek ini tetapi telah juga tahu tentang keputusannya. Atau dengan cara langsung mahupun tidak anda ada memain peranan dalam keputusan itu. Ini saya katakan begitu dari tangkapan sumber Finas yang mengendalikan dana ini apabila beliau menyebut akan ‘…kerana keputusan dari atas’. Dan ‘immediate boss’ beliau adalah saudara sendiri.

Saudara Ahmad Idham,

Ingin diingatkan bersama, Finas dari definisi adalah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia sekali gus ditubuhkan untuk kemajuan filem kita. Dan saya menyokong penuh projek untuk menghasilkan filem kenegaraan dan adanya filem nasional. Projek filem kenegaraan ini diumumkan kala anda menyandang jawatan Ketua Pengarah Finas pada kali kedua setelah perjalanan anda sebagai Ketua Pengarah kali pertama tidak lancar dan dihentikan.

Saya memohon melalui ‘Wangi Jadi Saksi’. Pitching 16 Mac secara maya menggunakan aplikasi Zoom pada pukul 3 petang berjalan lancar. Hadir bagi pihak kami adalah saya, Dato’ Azmir Saifuddin dan Encik Azman Azahar dan dari pihak Finas adalah Mohd Fazli Abdul Aziz dengan dua orang ahli akademik; seorang profesor dan seorang doktor. Tidak ada satu soalan ditanya dan setelah pembentangan saya bertanya lagi jika ada soalan atau keraguan dan mereka hanya menunjukkan ibu jari sebagai semuanya baik. Saya tekankan di sini mereka dipilih Finas ini adalah orang-orang pakar yang dipecayai. Orang ilmuan yang saya dihormati.

Sadara Ahmad Idham,

Kala saya menerima berita penolakan saya sebenarnya tidak terkejut dan juga terkejut. Saya tidak faham akan campur tangan anda sebagai Ketua Pengarah dalam menentukan keputusan setelah kebijaksanaan yang diamanahkan kepada pegawai anda dan kedua-dua orang pakar tadi. Saya juga tidak nampak bijaknya sumbangan anda di peringkat akhir dalam keputusan selain menunjuk kuasa anda yang ada. Setahu saya selama saya sebagai pembikin filem (menulis, mengarah dan menerbit) saya tidak sedar atau tahu akan kecemerlangan anda dalam menghasilkan sesebuah karya filem yang bermutu tinggi atau dalam kata lain sebuah filem yang boleh diterima di peringkat antara bangsa.

Saya tidak terkejut (hairan agak pasif) kerana pada Sabtu malam 13hb Feb setelah berkali-kali diajak berjumpa, akhirnya saya bersua dengan Puan Ellie Suryati di sebuah hotel. Pada malam itu beliau telah menyuarakan cadangan supaya sebuah persatuan baharu ditubuhkan atas cadangan saudara sendiri dan atas persetujuan saudara juga saya telah diminta untuk memimpin persatuan tersebut. Salah satu tujuan penubuhan persatuan baharu itu adalah untuk memadamkan persatuan pengarah yang telah ada iaitu FDAM yang diketuai Saudara Ahmad Ibrahim. Setelah mendengar huraian yang panjang lebar daripada Puan Ellie Suryati saya menolak cadangan beliau yang sudah tentunya cadangan yang datang daripada saudara juga.

Dan pada Selasa petang 16hb Mac saya mendapat pesanan Whatsapp dari pihak Finas yang mengatakan YB Menteri Komunikasi dan Multimedia dan juga Ketua Pengarah Finas akan membuat lawatan sesi ziarah FINAS PRIHATIN ke rumah pengarah filem (nama Othman Hafsham dan saya disebut). Saya menyatakan keberatan saya tentang situasi sekadar memberi token seolah-olah memperagakan tokoh-tokoh filem dengan bergambar dengan cek (nilai selalunya dalam lingkungan RM1000) bersama menteri dan pegawai-pegawai Finas yang sepertimana kerap dilakukan. Seperti saya katakan seniman harus ditolong tetapi bukan dengan cara begini. Ini ada saya tulis/perjelaskan kepada puan Jame dari Finas untuk diterangkan kepada pihak menteri dan saudara

Dengan itu sekali lagi saya tidak bersetuju dengan rancangan Finas di bawah pentadbiran saudara. Oleh itu saya harap perasaan prejudis saudara (jika ada) tidaklah digunakan untuk mempengaruhi keputusan terhadap permohonan saya. Ayat penuh yang disebut oleh sumber Finas adalah, “kami semua sokong projek ini tetapi kerana ada keputusan dari atas”. Jadi jika saudara sebagai Ketua Pengarah FINAS turut ikut serta juga dalam pemilihan dan penentuan projek mana yang patut diluluskan atau tidak diluluskan dan menggunakan kuasa veto dalam menentukan nasib permohonan saya sekaligus saudara telah menghina kebijaksanaan panel yang dilantik Finas sendiri.

Biodata U-Wei Bin HajiSaari

Pulang dari pengajian filem di New School of Social Research New York saya mengarah 16 drama TV kemudian memulakan filem pertama saya ‘Perempuan Isteri dan Jalang’ pada tahun 1993 dan mengendali program rancangan Jazz di Radio and Television Malaysia (RTM). Saya juga menulis dan mengarah pentas dan menulis column mingguan di akbar ‘Watan’.

Filem saya telah diundang ke festival di Singapura, Indonesia, Kalkutta, New Delhi, Kerala, Da Naang, Phenom Phemn, Korea Utara, Pusan, Manila, Tokyo, Dubai, Australia, Cannes, Nantes, Berlin, Fribough, New York, Telluride, Rotterdam, Warsaw Poland, Brussels dan lain-lain lagi.

Dua filem saya adalah official selections di Cannes International Film Festival dan filem saya pernah merangkul anugerah filem terbaik, pengarah terbaik, penulis skrip terbaik dan anugerah-anugerah lain di Malaysia, Belgium dan Cambodia.

Nantes Filem Festival (France) pada 2001 membuat satu retrospective kerja filem-filem saya.

Filem:

Perempuan Isteri dan Jalang (1992)

Black Widow Wajah Ayu (1994)

Kaki Bakar (1995)

Jogho (1998)

Buai Laju-Laju (2005)

Hanyut (2017)

Filem pendek:

Sepohon Rambutan Indah Kepunyaanku di Tanjong Rambutan (2006)

Satu Fragmen Satu Nota (2015)

Teater:

Bakai by Euripedes – TownHall Kuala Lumpur (1997)

Wangi Jadi Saksi – Auditorium DBP (2005)

Wangi Jadi Saksi – The Esplanade Singapura (2007)

Satu Kutipan – The Store DBP Kuala Lumpur (2009)

Pokok – Auditorium DBP (2018)

Mentor:

Oktober 2008, one of the creative advisers for ‘The 4th Middle East Screenwriters Lab’ for The Royal Film Comission Jordon under Sundance Institute.

Mentorship IPCC 2008 Animation Category (a program by MDEC)

Creative Adviser ‘Asia Pacific Screen Lab’ at Griffith University in Brisbane Australia 2015 dan 2016.

August 2018 mentorship program ‘Asia Pacific Screen Lab’ in Pulau Pinang.

Kurator Seni:

Taman Syifa’ (solo Abu Bakar Idris) – Galeri Chandan 2010

Wayang U-Wei Jadi Saksi – Balai Seni Negara 2011

Wajah M50 Kini – Galeri Morne 2013

Jumping Jack Flash – Galeri Morne 2014

Kali Ini Kita Bersama – Galeri Morne 2014

Wayang U-Wei Hanyut Merentasi Saksi – Galeri Petronas 2016/17

Kali Ini Kita Bersama II – Galeri Morne @Balai Seni Negara 2019

Kurator untuk bacaan puisi:

Merai Sutung Umar RS (Ratip Kalbu) – Wisma ITBM 2016

Merai SM Zakir: Perjalanan Sang Zaman – Wisma ITBM ‘17

Merai A Samad Said – Kelab Taman Tesek 2017

Sepetang Meraikan Khalid Salleh – Wisma ITBM 2018

Kurator Program:

Brisbane Asia Pacific Film Festival 2015

Juri:

Singapore International Film Festival 2002 dan 2003. Asia Pacific Film Festival Kuala Lumpur 2004, Cinemanila International Film Philipine 2006/07, World Cinema Sundance Film Festival USA 2007,

Bakat Muda Sezaman Balai Seni Lukis Negara Malaysia 2006/07 International Film Festival 2007, Cinemalaya Filem Festival Philipines 2009,

SAARC Film Festival Colombo Sri Lanka 2014

Juri Asia Pacific Screen Awards di Brisbane Australia 2015

‘Script To Screen Film Workshop’ di Kuala Lumpur anjuran Motion Picture Association (MPA), FINAS, Asia Pacific Screen Awards, Artisan Gateway dan Wildsnapper 2019.

Ketua Juri:

Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur 2007 & 2008 8th Jogja-NETPAC Asian Film Festival 2013

AIFFA Kuching Sarawak 2013 & 2015 & 2017 & 2019 Urban Film Festival Tehran Iran 2017 Festival Filem Malaysia 2019

Nomination Council:

Asia Pacific Screen Awards Brisbane Australia 2016 & 2019

Buku:

Wangi Jadi Saksi – Dewan Bahasa dan Pustaka  2010

Thirty Art Friends – Appreciating Asian Art  2010

Wayang U-Wei Jadi Saksi – Balai Seni Visual Negara  2011

Wajah M50 Di Galeri Morne – ITBM  2014

Art Friends 2 – Collecting Southeast Asian Art 2014 Jumping Jack Flash – ITBM 2015 Hanyut, A Journey – ITBM 2016

 

 

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat