‘Saya tidak perlu menjadi seorang Muslim untuk menyokong mereka yang dizalimi’ – Ketua Pemuda MCA Perlis

- Advertisement -

KANGAR: Tidak perlu menunggu menjadi seorang Islam baru hendak menyokong Palestin, sebaliknya sebagai manusia biasa tanpa mengira bangsa atau agama yang mempunyai naluri, berhak menyokong mereka yang dizalimi.

Itu pendirian Ketua Pemuda MCA negeri, Ng Sing Phing yang berdiri teguh bersama Palestin yang telah sekian lama ditindas oleh Israel.

Katanya, warga Palestin telah ditindas sejak penubuhan negara Israel pada tahun 1948 dan secara ringkasnya warga negara tersebut telah dizalimi di halaman rumah dan dihalau dari tempat asal mereka sendiri sehingga menjadi pelarian di tempat asing.

Ujarnya, kebelakangan ini, mereka terus dizalimi dengan penempatan haram orang Yahudi di kawasan Sheikh Jarrah sebelah Timur Kota Jerusalem dan seterusnya polis merempuh ke dalam Masjid Al-Aqsa.

“Mereka mencederakan umat yang sedang bersembahyang, dan mengebomkan kawasan Gaza dan Tebing Barat, menyebabkan pengorbanan ratusan warga Palestin termasuk kanak-kanak.

“Saya tidak dapat menahan mendengari cerita anak-anak terbunuh secara zalim, manakala media Barat hanya menyiarkan mengenai kesusahan negara Yahudi sahaja,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Sing Phing berkata, status Facebooknya sebelum ini yang menyatakan sokongan terhadap Palestin telah mendapat reaksi yang pelbagai.

“Ramai yang menyokong, tetapi ada juga yang menghantar kiriman mesej peribadi bertanya adakah status tersebut hanya untuk menggembirakan orang Melayu sahaja.

“Beginilah pendirian saya seperti status sebelum ini, saya tidak perlu menjadi Muslim untuk menyokong mereka yang dizalimi, saya menyokong, kerana saya adalah manusia yang mempunyai naluri,” katanya.

Terdahulu dalam status Facebooknya, Sing Phing menulis dia bersama mereka yang ditindas di tanah sendiri, mereka yang dizalimi oleh penjajah, mereka yang diseksa, terbunuh kerana mempertahankan rumah sendiri dan terkorban kerana mencintai negara sendiri.

“Saya bersama Palestin. Saya tidak perlu menjadi seorang Muslim untuk menyokong mereka yang dizalimi, saya menyokong, kerana saya adalah manusia,” katanya.

Status Facebook Sing Phing itu mendapat hampir 14,000 tanda suka dan 4,000 perkongsian yang kebanyakkannya menyokong kenyataan Ketua Pemuda MCA Perlis itu. –

UTUSAN ONLINE

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat