Perancis Tuntut Penjelasan Selepas Israel Serang Bangunan Pejabat Media Di Palestin

PARIS – Perancis menuntut penjelasan dan alasan Israel terhadap serangan udaranya ke atas bangunan di Gaza yang menempatkan pertubuhan-pertubuhan media, kata Presiden Emmanuel Macron pada Isnin.

Beliau juga mengumumkan Paris sedang berusaha ke arah gencatan senjata bagi mengakhiri keganasan kini dalam konflik Israel-Palestin, lapor Agensi Anadolu.

“Keselamatan wartawan dan mereka yang bekerja untuk kebebasan bersuara dan meluahkan pendapat … melindungi mereka sememangnya merupakan tanggungjawab yang sangat penting,” kata Macron pada sidang media di luar Persidangan Mengenai Sudan di Paris.

“Kedutaan kami sedang menangani masalah ini (serangan) dan kami sedang menunggu penjelasan daripada Netanyahu (Perdana Menteri Israel), kami selalu berhubung dengannya,” katanya.

Kenyataan Macron itu dibuat susulan panggilan Setiausaha Negara AS Antony Blinken yang menuntut penjelasan daripada Israel kerana memusnahkan bangunan itu dalam serangan udara yang menempatkan pejabat berita Amerika Associated Press (AP) dan Al Jazeera.

Israel mendakwa bangunan komersial dan kediaman itu digunakan oleh kumpulan militan Hamas untuk operasi perisikan.

AP telah menuntut bukti daripada Israel terhadap dakwaannya mengenai Hamas dan siasatan bebas terhadap serangan itu. Pemantau media antrabangsa yang berpangkalan di Paris iaitu Reporters Without Borders (RSF) juga meminta: “pendakwaraya Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk menentukan sama ada pengeboman itu adalah jenayah perang.”

Minggu lalu, serangan udara Israel telah memusnahkan 23 pejabat media tempatan dan antarabangsa, kata RSF dalam satu kenyataan.

Macron menambah bahawa Perancis sedang mengusahakan perdamaian bersama dengan Mesir, dan Jordan.

Pada Isnin, beliau juga mengadakan perbincangan dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi yang berada di Paris untuk persidangan Sudan.

Kenyataan daripada Elysee mengenai pertemuan Macron-Sisi menyebut mereka “berkongsi kebimbangan mendalam tentang peningkatan keganasan dan permusuhan itu perlu ditamatkan.

Kedua-dua negara menyelaraskan usaha mereka menuju gencatan senjata segera. – Bernama

Advertisment

Topik Hangat

Biro Politik UMNO Putus Beri Notis Masa 14 Hari Sidang Parlimen

(kemaskini 12.30 a.m) KUALA LUMPUR - Biro Politik UMNO yang mengadakan mesyuarat sebentar tadi membuat keputusan memberi notis  14 hari kepada kerajaan agar memanggil sidang...

Parlimen Bersidang Segera, Vaksinasi Tanpa Birokrasi – Titah Agong

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah menitahkan m persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana...

Ada Gerakan Baharu Dari UMNO Untuk Sokong Anwar?

CYBERJAYA - Elit politik UMNO petang semalam gempar dengan pendedahan satu akaun twitter yang mendakwa ada gerakan terbaharu dari UMNO untuk menyokong Datuk Seri...

Berita Berkaitan

COVID-19: Presiden Baharu Iran Umum Percepat Program Vaksinasi

TEHRAN: Presiden baharu Iran, Ebrahim Raisi umum akan percepat proses vaksinasi. Ini bagi republik itu menghidupkan semula ekonomi di tengah-tengah pandemik COVID-19. Menurut Ebrahim, program vaksinasi...

Lelaki Rebah Di Restoran Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung – Polis

PETALING JAYA - Lelaki yang rebah di sebuah restoran di Taman Sri Bintang, dekat sini petang semalam disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung. Kejadian yang...

EU Tidak Bolot Vaksin, Lebih 5 Juta Dos Vaksin Disumbangkan Kepada Malaysia – Michalis Rokas

PUTRAJAYA – Kesatuan Eropah (EU) menyangkal dakwaan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar kononnya blok itu membolot vaksin. Dutanya ke...