Pembangkang akan teliti dulu kandungan MoU peruntukan, harap tak babitkan perkara besar – Tuan Ibrahim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Perikatan Nasional (PN) akan meneliti kandungan Memorandum Persefahaman (MoU) yang akan dikemukakan Kerajaan Perpaduan berhubung peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, bagaimanapun berkata pihaknya menyambut baik keputusan itu.

“Kita sambut baik keputusan yang dibuat, namun kita akan meneliti kandungan MoU terlebih dahulu dan berharap ia tidak membabitkan perkara-perkara besar.

“Kita juga berharap langkah ini akan mengembalikan fungsi semak imbang pembangkang yang lebih efektif dalam membangunkan negara.

“Peruntukan ini akan membantu rakyat dalam kawasan yang diwakili, khususnya dalam menyusun pembangunan kawasan,” katanya di Kelantan, lapor BH pada Khamis.

Yang turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang diadakan di Sri Perdana, Putrajaya petang semalam secara dasar bersetuju untuk mempertimbang menyalurkan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.

Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata, satu deraf Memorandum Persefahaman (MoU) akan dirangka terlebih dahulu dan akan dipanjangkan kepada pihak pembangkang sebagai langkah perundingan seterusnya.

“Perkara ini dipersetujui dalam mesyuarat lebih satu jam yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta dihadiri oleh pemimpin tertinggi parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat