Terokai pengalaman siri michelin ajaib di Resorts World Genting

- Advertisement -

Resorts World Genting dengan bangganya mengumumkan kerjasama dengan Institut Kulinari Taylor’s untuk siri ketiga Michelin Magic. Kerjasama ini memberi peluang kepada tetamu untuk menikmati pengalaman makan malam yang berkualiti serta meraikan pencapaian dua chef terkenal dari Perancis iaitu Chef Jocelyn Deumie dan Chef Pascal Bonnafous.

Majlis makan malam empat sajian yang akan disediakan oleh kedua-dua chef bintang Michelin ini akan berlangsung pada 26 April 2024, jam 7 malam, hanya untuk satu malam sahaja di Wolfgang’s Steakhouse.

Chef Jocelyn memulakan kerjayanya dalam dunia masakan pada tahun 1999 di Lycée Hôtelier yang ternama di Toulouse. Beliau kemudian menimba pengalaman di beberapa restoran terkemuka seperti Le Ballandre di Cahors dan Les Jardins de l’Opéra di Toulouse, di mana beliau telah dianugerahkan dengan satu bintang Michelin yang berprestij.

 

Beliau juga mahir dalam seni “Foie Gras à la Truffe” dibawah bimbingan Chef René Gillard di L’Esplanade à Domme, sebuah restoran terkenal yang memiliki dua bintang Michelin dan meningkatkan kemahirannya di L’Amphitryon, Colomiers, dan Bagatelle, Oslo. Beliau turut memperhalusi seni kulinari di Le Voilier, Bonifacio, Corsica, penerima tiga bintang Michelin dan La Grande Table de Kitamura, Nagoya yang menerima dua bintang Michelin.

Hari ini, Chef Jocelyn terus memberikan inspirasi dengan kepakaran dalam seni kulinari sebagai Pengarah Besar dan Duta Besar Asia bagi Rougie Foie Gras.

Pada malam tersebut, Chef Jocelyn akan bersama Chef Pascal, juru masak profesional berpengalaman lebih tiga dekad bersama pelbagai restoran bertaraf Michelin. Perjalanan kulinari beliau meliputi pengalaman di Perancis dan Sepanyol, serta aneka keunikan masakan Amerika.

Pengalaman luas beliau telah melayakkan beliau menerima penghargaan dan pengiktirafan, termasuklah diterima sebagai ahli berprestij Escoffier. Beliau terkenal dengan falsafah kuliner yang menyatukan teknik tradisional dengan kecemerlangan moden untuk mencipta hidangan yang membangkitkan imaginasi. Kesungguhannya terhadap keunggulan dan inovasi telah mendapat pengiktirafan secara meluas yang menjelaskan kedudukannya sebagai seorang pakar dalam bidang kulinari dan masakan.

Kini, beliau telah melangkah ke bidang akademik sebagai pensyarah di Sekolah Kulinari Toulouse yang terkemuka, di mana beliau berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman dengan bakat-bakat kulinari masa hadapan.

Kedua-dua chef ini akan memukau para tetamu dengan menampilkan hidangan-hidangan istimewa yang telah mendapat pengiktirafan dan penghargaan. Chef Pascal akan memulakan hidangan makan malam dengan ceviche kerang dan sayur-sayuran “Gargouillou” bersama labneh dan rempah ratus.

Sementara itu, Chef Jocelyn akan menyajikan hidangan utama iaitu Black Angus goreng kuali yang dipadankan denga foie gras, konfit kentang, puri butternut, dan sos morel klasik.

Nikmati pengalaman gastronomi dengan set menu empat hidangan pada harga RM550/ seorang sahaja. Jangan lepaskan peluang eksklusif ini untuk menikmati hidangan magis istimewa oleh chef bintang Michelin di Resorts World Genting. Untuk tempahan, hubungi 03 – 6105 9117 atau email ke [email protected].

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat