MoU akan dirangka, Peruntukan Ahli Parlimen pembangkang dipertimbang – Fadillah

- Advertisement -

PUTRAJAYA — Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan telah secara dasar bersetuju untuk mempertimbang menyalurkan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dalam satu kenyataan hari ini berkata, satu deraf Memorandum Persefahaman (MoU) akan dirangka terlebih dahulu.

“Ke arah itu satu deraf Memorandum Persefahaman (MoU) akan dirangka terlebih dahulu dan akan dipanjangkan kepada pihak pembangkang sebagai langkah perundingan seterusnya.

“Perkara ini dipersetujui dalam mesyuarat lebih satu jam yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta dihadiri oleh pemimpin tertinggi parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Perkara ini dibangkitkan susulan tuntutan peruntukan oleh wakil rakyat pembangkang dalam satu pertemuan diantara Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Parlimen pada 19 Mac lepas.

Semalam, Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan bermesyuarat, bermula pada jam 5.30 petang di Kompleks Seri Perdana, di sini berakhir pada jam 6.40 petang.

Mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dihadiri pimpinan utama parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan termasuk Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat