Titah Adendum: MKT wajar buat keputusan murnikan keadaan – Pemuda Umno Kota Raja

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno didesak segera membincangkan sekali gus membuat satu pendirian berkenaan isu afidavit tambahan yang diikrarkan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ketua Pemuda Umno bahagian Kota Raja, Mohd Zaffarollah Mohd Nordin menegaskan, desakan itu bertujuan memurnikan keadaan.

“Mewakili keluarga Pemuda Kota Raja, tahniah diucapkan kepada pemimpin utama parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas pengesahan yang dibuat oleh beliau semalam.

“Tindakan berani tersebut sedikit sebanyak memberi harapan baharu kepada parti keramat ini agar menjadi sebuah parti pembela bangsa dan agama,” kata beliau.

Tambah Zaffarolah lagi, merahsiakan kewujudan Titah Adendum berkenaan amat menyedihkan dan mendukacitakan terutama di kalangan ahli Umno serta rakyat Malaysia.

“Adalah suatu kezaliman dan penderhakaan kepada mana-mana pihak yang bertanggungjawab merahsiakan serta melanggar titah Yang di-Pertuan Agong membenarkan seorang negarawan berusia 71 tahun itu menjalani hukumannya di rumah seperti yang termaktub dalam Titah Adendum tersebut,” ujar Zaffarolah.

Pada Rabu, Zahid, menerusi Afidavit Tambahan No. 3 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendakwa, beliau diberitahu mengenai kewujudan Titah Adendum atau tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16, supaya Najib menghabiskan baki hukuman penjara dengan tahanan di rumah oleh Ahli MKT Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Menurut Zahid, Tengku Zafrul menunjukkan Titah Adendum itu pada telefonnya yang beliau ambil gambar dan imbas sendiri daripada salinan asal seperti ditunjukkan kepadanya oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Susulan afidavit tambahan oleh Zahid itu, Tengku Zafrul memaklumkan beliau juga akan mengemukakan afidavit bagi memperbetulkan apa yang disifatkan sebagai ‘kesilapan fakta’.

Kredit foto: Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat