Kedudukan Ismail Sabri Tidak Tergugat Walaupun MoU Tidak Diteruskan : Annuar Musa

- Advertisement -

JOHOR BAHRU: Kedudukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri dan kerajaan pimpinannya tidak tergugat dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO untuk tidak meneruskan memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan Persekutuan dengan Pakatan Harapan (PH) selepas 31 Julai ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata sehingga kini Perdana Menteri masih terus mendapat sokongan daripada parti kerajaan campuran dan juga blok pembangkang.

“Saya nampak ada kebijaksanaannya apabila MoU ini tidak lagi disambung. Itu bukan bermakna pembangkang tidak boleh menyokong Perdana Menteri, sebaliknya Perdana Menteri tidak lagi terikat, dan beliau boleh mengambil tindakan yang memang menjadi tanggungjawab beliau, termasuklah menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen, itu sebagai contoh.

“Jadi dengan tidak ada ikatan bertulis yang tidak membolehkan perkara itu (membubarkan Parlimen) dilakukan, ini adalah kebijaksanaan MT UMNO yang memberi lebih kebebasan kepada Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi seniman veteran, Mat Sentol atau nama sebenarnya Abd Rashid Yahya di kediaman beliau di Jalan Rajawali, Larkin, di sini hari ini.

Selasa lepas, MT UMNO dalam mesyuarat yang dipengerusikan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memutuskan untuk tidak meneruskan MoU antara kerajaan dan PH selepas 31 Julai ini.

Sementara itu Annuar berkata apa yang penting ketika ini ialah semua pihak termasuk parti-parti politik perlu bersiap siaga bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Kita perlu siap siaga.. parti masing-masing untuk PRU-15 dalam masa terdekat. Tidak ada lagi keraguan kerana kita dah masuk tahun kelima, ertinya dah sampai masanya PRU-15 diadakan.. soal bila, bulan berapa – kita serah kepada Perdana Menteri untuk memikirkan masa yang sesuai.

“Banyak faktor kena fikir, satu kesiapsiagaan parti pihak yang nak membubarkan, nak lepaskan kuasa… aspek keadaan rakyat, negara dan lain-lain, jadi gabungan faktor banyak yang perlu difikir,” katanya.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat