Dr Mahathir tak percaya Anwar beritahu tak berdendam sedangkan bermusuh 

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh menerima kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya beliau tidak pernah berdendam dengan bekas Perdana Menteri itu berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.

Dr Mahathir bahkan tidak boleh menerima hakikat sekiranya segala dakwaan yang dilempar kepadanya sebagai pengkhianat negara mahupun pencuri adalah satu kebetulan sedangkan menyedari beliau adalah musuh kepada Anwar.

“Sebenarnya tidak ada dendam. Hanya secara kebetulan terkena pada orang tertentu yang juga musuh orang yang tidak dendam.

“Semuanya terkena pada orang ini. Konon orang ini maha kaya setelah curi duit kerajaan berbilion-bilion.

“Tidak ada dendam. Cuma secara kebetulan sahaja. Boleh jadi kepada orang lain.

“Tetapi apa boleh buat. Ia terjadi pada orang ini. Pencuri yang tidak curi. Pengkhianat yang tidak dapat satu sen pun. Pengkhianat percuma,” bidas beliau.

Reaksi ini dipercayai merujuk kenyataan Anwar sebelum ini yang menjelaskan, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan itu diwujudkan ketika pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Tak timbul pun (dendam), masa jawatankuasa pasukan khas itu dibuat… sebelum saya pun (jadi Perdana Menteri), itu masa Ismail Sabri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) Perdana Menteri… menterinya, Hamzah (Datuk Seri Hamzah Zainudin) menterinya, Takiyuddin (Datuk Seri Takiyuddin Hassan).

“Dia (RCI) ada buat dah findings (dapatan) dia lebih teruk lagi jadi tak usah (main dendam). Itu biasalah, tapi dia buat (keputusan) dulu macam mana? Takiyuddin buat masa tu, Hamzah.

“Ini soal wilayah, mana boleh ada ke negara yang mengizinkan mudah begitu serah (Pulau Batu Puteh)… tak boleh, itu prinsip kita,” kata Anwar Jumaat lalu.

Mengulas lanjut berkait RCI Batu Puteh itu, Dr Mahathir berkata, sekarang peluang untuk masuk orang ini (merujuk dirinya) dalam penjara.

“Bagaimana? Konon dia pengkhianat negara. Dia dapat duitkah bila khianat negara? Tidak. Tidak satu sen pun. Tetapi khianat percuma. Bukti menunjukkan orang ini buat keputusan mengikut peraturan. Tidak, dia tidak ikut.

“Bahkan tiga menteri dakwa walaupun mereka ada bersama, orang ini tidak ikut. Minit mesyuarat menunjuk lain dari yang diperaku oleh mereka. Itu minit. Mana boleh percaya. Yang membohonglah yang benar.

“Sebelum RCI ditubuh kajian telah dibuat dan kajian dipengerusi oleh orang yang mempunyai conflict of interest. Okaylah. RCI ditubuh dipengerusi oleh bekas hakim yang juga mempunyai conflict. Dua lagi ahli RCI juga ada conflict. RCI yang sepatutnya terbuka dijadikan siasatan tertutup.

“Orang yang akhirnya jadi sasaran hanya menjadi saksi. Tidak ada cross examination. Laporan 270 muka disedia. Tetapi 47 muka diblack-out. Semua saksi yang menyatakan kesalahan orang ini sahaja yang tercatit.

“Keputusan dibuat oleh RCI iaitu orang berkenaan sudah lakukan jenayah treason. Ia perlu disiasat sebagai penjenayah. Jika didapati bersalah ia akan disumbat ke dalam penjara lima tahun, denda.

“Amat adil orang seperti ini dipenjara sehingga mati. Dia akan jumpa dengan kawannya yang sudah pergi dahulu. Alhamdulillah – segala puji bagi Allah. Inilah keadilan orang yang tidak dendam.Bertuahlah Malaysia,” sindir beliau dalam kenyataan pada Selasa.

Dalam pada itu Dr Mahathir juga mengulas berkait pembuktian kononnya beliau telah mencuri wang negara.

“Di saman untuk tunjuk bukti! Tidak ada bukti selepas lebih setahun berlalu. Bahkan, konon ada kotak penuh dokumen bukti duit kerajaan di samun oleh orang ini.

“Konon! Tetapi masih konon. Tak ada dokumen untuk didedah. Ah! Duit ada dalam bank Switzerland. Dijemput pergi bersama untuk dedah duit berbilion yang telah di bank. Tidak sanggup pergi. Bisu seribu bahasa.

“Eh, tentu anak yang bagi duit. Mereka kaya? Anak mesti dedah perolehan dan perbelanjaan mereka selama 40 tahun. Jika tidak dedah akan dipenjara 5 tahun, didenda iaitu tiba-tiba jadi penjenayah.

“Sudah puluh bulan berlalu. Tak tahu apa sudah jadi? Salahkah? Tidak salahkah? Tetapi belum lepas. Masih tergantung.

“Begitu juga dengan kawan yang berniaga diluar negara membawa balik keuntungan. Di arah melapor semua duit yang masuk keluar beberapa tahun. Kawan ini bantah. Dia sakit. Tidak dapat pergi court. Dituduh dia tidak siuman dan perlu diperiksa oleh doktor gila. Dia pun meninggal. Selesai,” bidas Dr Mahathir.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat