Adakah kerana Azlan Johar sertai Pas dia direhatkan sebagai pengulas sukan Piala Dunia? – Takiyuddin

KUALA LUMPUR – Pas melahirkan rasa dukacita apabila mendengar perkhabaran bahawa bekas pemain bolasepak kebangsaan, Azlan Johar, direhatkan sebagai Pengulas Sukan di RTM yang mengulas pertandingan Piala Dunia 2026.

Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Pas ingin tahu tindakan tersebut, jika benar, apakah ia ada kaitan dengan penyertaan Azlan Johar ke dalam Pas sebagaimana yang diisytiharkan di Seremban pada 13 Jun 2026 yang lalu.

“Pas berharap semua pihak yang berkaitan, termasuk Kerajaan Malaysia dan agensi-agensi di bawahnya, agar menghormati dan tidak merampas hak asasi seseorang warganegara, termasuk hak untuk berpersatuan dan berpolitik seperti dijamin dalam Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan.

“Pas merasakan penafian hak seperti ini terutama bagi figura yang pernah menjadi pengulas dan penganalisis sukan untuk lebih daripada 10 perlawanan Piala Dunia sepanjang karier penyiarannya amat merugikan negara dan mengecewakan rakyat jelata khususnya peminat-peminat sukan tanah air.

“Azlan Johar bukan hanya merupakan bekas penyerang prolifik untuk pasukan negeri dan kebangsaan sekitar tahun 1980-an, malah beliau juga memegang lesen kejurulatihan bola sepak tahap tinggi dan kini merupakan Pengerusi Yayasan Lagenda,” kata Takiyuddin.

Justeru tegas beliau, Pas sebagai sebuah parti politik yang progresif dan demokratik menggesa pihak kerajaan agar memastikan perkara seperti ini tidak berlaku dan berterusan diamalkan selaras dengan slogan yang sebelum ini dilaungkan oleh parti-parti yang menjadi tunjang pemerintah, iaitu reformasi hak asasi rakyat dan institusi-institusi dalam negara.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat