Agus sudah letak jawatan, tiada kaitan lagi dengan kerajaan – Fahmi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusof sudah meletak jawatan dan kini tiada lagi sebarang kaitan dengan kerajaan atau agensi.

Jelas Fahmi, Agus sudah menyerahkan surat peletakan jawatan dan kerajaan berterima kasih atas khidmat beliau sebelum ini.

Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Dr Mohammad Agus Yusof sudah meletak jawatan dan kini tiada lagi kaitan dengan kerajaan atau agensi – Fahmi Fadzil #jkom pic.twitter.com/KRY9JDLDop

“Saya sudah bercakap dengan Timbalan Ketua Pengarah J-KOM (Datuk Ismail Yusop) dan beliau mengesahkan menerima surat (peletakan jawatan).

“Agus sudah memberi surat peletakan jawatan dan kami berterima kasih kepadanya. Beliau kini tiada lagi kaitan dengan J-KOM atau kerajaan,” lapor BH pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, beliau belum berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara itu namun akan mengambil langkah untuk menggantikan Agus secepat mungkin.

Semalam media melaporkan Mohammad Agus mengesahkan sudah menghantar surat peletakan jawatan.

Beliau berkata, surat peletakan jawatan itu sudah diserahkan kepada Perdana Menteri semalam.

Katanya, keputusan berkenaan dilakukan berikutan beliau menerima tawaran pekerjaan baharu dan bukan disebabkan tekanan oleh mana-mana pihak.

“Saya ada tawaran (kerja) baharu, tidak ada tekanan kepada saya. Jadi, apabila semuanya sudah disahkan, sama ada saya mahu bersara atau menjawat jawatan baharu yang lebih mencabar, tunggu berita itu.

“Kalau peletakan jawatan saya dipersetujui oleh Perdana Menteri nanti, saya akan meletakkan jawatan dengan serta-merta,” katanya.

Februari lalu, Mohammad Agus memulakan tugas sebagai Ketua Pengarah J-KOM di Pejabat Perdana Menteri.

Bagaimanapun Ahli Parlimen pembangkang mencadangkan J-KOM dibubarkan untuk menjimatkan RM13 juta kerana kegagalannya berfungsi memberi penerangan dengan baik.

Pada 2020 kerajaan diterajui PN membuat penjenamaan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan dikenali sebagai J-KOM dengan peranan serta fungsi berbeza.

J-KOM bermatlamat mewujudkan komunikasi dua hala antara kerajaan dan rakyat dengan penyaluran maklumat tepat, sahih serta bijaksana.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat