Azmin Dakwa Selangor Makin Merosot, Mahu Kekalkan Kecemerlangan

- Advertisement -

CYBERJAYA: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa, prestasi negeri Selangor makin merosot selepas beliau tidak lagi menjadi Menteri Besar negeri tersebut.

Justeru, beliau berkata, menjadi tanggungjawabnya kini untuk memastikan negeri Selangor kekal cemerlang agar rakyat negeri itu terus mendapat manfaat.

“Lepas saya tinggal (jawatan Menteri Besar) nampak merosot prestasi (Selangor), jadi tanggungjawab saya mahu mengekalkan kecemerlangan Selangor supaya Selangor akan terus membangunkan memberi manfaat semua rakyat selangor dan kita dapat menjalin satu kerjasama baik dengan kerajaan negeri dan Persekutuan,” kata Azmin menurut laporan Astro Awani.

Ahli majlis tertinggi Bersatu itu sebelum ini memenangi parlimen Gombak dan kerusi DUN Bukit Antarabangsa atas tiket PKR sejak tiga pilihan raya lalu.

Selepas Pakatan Harapan (PH) menerajui Putrajaya, Azmin kemudian dilantik menjadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi- satu kementerian baru ditubuhkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ekoran itu, Azmin kemudian memilih sendiri penggantinya iaitu Datuk Seri Amirudin Shari.

Bagaimanapun, dia berpaling tadah daripada PKR semasa Langkah Sheraton pada 2020.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat