Kisah cinta masyhur

- Advertisement -

TERSENARAI sebagai finalis di malam Anugerah Industri Muzik 23 (AIM23) baru-baru ini adalah kejayaan terbesar kumpulan nasyid One Path.

Justeru kumpulan dianggotai Ammar, Haseef, Afiq dan Shafiq itu tidak menunggu lama apabila tampil dengan single bertajuk Laila Majnun.

Buah tangan terbaharu buat peminat hiburan dakwah ini baharu sahaja diterbitkan pada 1 Oktober lalu.

Penerbit yang juga pengasas Tarbiah Sentap Records, Ustaz Adnin Roslan berkata, lagu ini membawakan penceritaan kisah cinta yang masyhur antara Laila dan Majnun.

“Biarpun kisah terbabit berakhir dengan tragedi, perjalanan cinta pasangan ini dipersembahkan dalam perspektif berbeza.

“Istimewanya kali ini One Path tampil berlima bersama Nazrey Johani yang juga adalah bekas vokalis utama kumpulan nasyid nombor satu negara, Raihan.

“Percubaan pertama gandingan generasi perintis dan baharu nasyid itu nyata memberikan impak apabila lagu Laila Majnun menduduki carta trending di YouTube Trending for Music dan Trending Now sepanjang tempoh minggu pertama lagu itu dilancarkan,” katanya.

Menurutnya, pemilihan Nazrey sebagai rakan duet One Path dibuat bukan atas faktor populariti semata-mata.

Sebaliknya ia membabitkan pelbagai faktor lain bagi membantu menyempurnakan single kedua One Path ini.

“Populariti serta jumlah pengikut media sosial bukan faktor utama yang kami nilai dalam proses pemilihan artis duet bersama One Path.

“Ada pelbagai penanda aras lain yang pihak Tarbiah Sentap perhalusi terlebih dahulu sebelum memutuskan senarai akhir artis yang sesuai.

“Keperibadian artis itu juga antara perkara yang kita perhalusi. Kita mahu artis yang kita bawa untuk berganding bersama artis Tarbiah Sentap adalah mereka yang boleh memberikan pengaruh positif kepada masyarakat secara istiqamah,” katanya.

Menurutnya, ciri-ciri unik pada vokal Nazrey yang sudah lama sebati dalam masyarakat, menjadikan lagu Laila Majnun sebuah naskhah yang amat istimewa.

 

BERSYUKUR lagu mereka mendapat sambutan positif dari peminat.
BERSYUKUR lagu mereka mendapat sambutan positif dari peminat.

 

“Untuk single Laila Majnun, keunikan karakter suara Ustaz Nazrey yang ikonik itu sendiri menjadi satu daya penarik yang kuat.

“Lebih penting bagi kami adalah keberkatan dan keredaan Allah dalam setiap keputusan yang kami pilih. Mudah-mudahan ada ganjarannya di sisi Allah SWT.

“Lagu ciptaan Akmal Mustafa ini diinspirasikan dari sebuah video ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Zul Ramli sekitar 2019,” katanya.

Dalam perkembangan lain, selepas seminggu Laila Majnun dikeluarkan di YouTube, majoriti netizen memberikan respons yang amat positif menerusi ruangan komen.

Malah, ada yang menyatakan gandingan dua artis itu mampu melahirkan fenomena Raihan kali kedua.

Mereka juga berpendapat penampilan istimewa Nazrey dalam lagu terbabit adalah pilihan yang tepat dan sedikit sebanyak berjaya mengubati rindu mereka kepada nasyid era 90-an.

Menyedari harapan besar peminat yang diletakkan ke atas bahu mereka, Haseef mewakili kumpulan One Path bertekad untuk menjadi yang terbaik demi meneruskan legasi nasyid di era TikTok.

“Tanggungjawab ini agak berat bagi pendatang baharu seperti kami. Kena pula kami semua pemalu bila berdepan khalayak ramai.

“Tetapi, bila perasaan itu muncul, kami akan berfikir dan muhasabah, bagaimana situasi dunia hari ini andai Baginda Rasulullah SAW malu nak berdakwah kepada kaum Arab jahiliah satu masa dahulu, adakah Islam akan sampai kepada kita hari ini?

“Sollu ‘Alan Nabi. Besar pengorbanan Nabi SAW nak pastikan kita dapat merasai nikmat Islam hari ini. Kini tiba giliran kami meneruskan legasi dakwah itu,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat