Saya tak pernah sokong PH atau UMNO, kata Azhar Harun

- Advertisement -

CYBERJAYA: Tan Sri Azhar Azizan Harun menegaskan, segala keputusan dan tindakannya ketika menjadi Yang Dipertua Dewan Rakyat lebih dua tahun lalu dilakukan secara adil tanpa menyebelahi mana-mana pihak.

Azhar menegaskan, ketika memegang jawatan tersebut bermula 13 Julai 2020, beliau tidak menyokong mana-mana parti sama ada Pakatan Harapan (PH) atau UMNO.

Jelasnya lagi, semua keputusan dan tafsiran Peraturan Mesyuarat yang dibuat sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat adalah berpandukan Perlembagaan Persekutuan serta pengetahuannya dalam undang-undang.

“Apa yang saya lakukan selama ini bukan untuk menyokong sesiapa. Saya tulis dan bercakap selama ini adalah untuk meluahkan pandangan saya.

“Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), apa yang saya tulis secara kebetulan selari dengan apa yang dibicarakan oleh ahli politik PH, tapi saya tidak pernah menyokong mereka.

“Malah, saya pernah menjadi sebahagian daripada kumpulan pemikir UMNO sejak 1990-an. Namun, saya juga bukan penyokong UMNO.

“Saya hanya menjalankan profesion saya secara profesional, …saya tiada kecenderungan pada mana-mana pihak tertentu,” kata menurut laporan Berita Harian yang memetik temubual Azhar bersama segmen ‘The Breakfast Grille’ di sebuah stesen radio, hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat