Ismail sahkan proklamasi penurunan takhta Tuanku Mukhriz diteruskan

KUALA LUMPUR – Proses pewartaan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan diteruskan.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim menyatakan beliau telah mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zafir Ibrahim telah diminta untuk meneruskan proses pewartaan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz mengikut peraturan sedia ada.

Ismail menjelaskan, pelanjutan proklamasi itu telah diputuskan secara sebulat suara oleh semua ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Sembilan dalam mesyuarat yang diadakan pada 15 Sept lalu.

“Pada hari ini, saya ingin mengesahkan bahawa proklamasi memang telah dibincangkan dan diputuskan oleh semua ahli Exco kerajaan negeri secara sebulat suara pada Mesyuarat Exco 15 September lalu.

“Proses pewartaan, sudah pun saya minta setiausaha kerajaan untuk meneruskan dengan pewartaan mengikut peraturan-peraturan yang sedia ada,” katanya sekali gus mengesahkan kenyataan dikeluarkan Exco semalam berhubung proklamasi penurunan takhta berkenaan.

Semalam media melaporkan Exco Negeri Sembilan dalam kenyataan mengumumkan Tuanku Muhriz telah diturunkan takhta oleh Undang Yang Empat manakala Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar dipilih dan diiktiraf sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang baharu, berkuat kuasa serta-merta.

Menurut kenyataan itu, keputusan itu dicapai secara kolektif dalam mesyuarat yang dipengerusikan Ismail.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat