Surat kelulusan projek pelebaran Lebuhraya PLUS palsu – PMO

KUALA LUMPUR, 17 September – Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan kesahihan surat bertarikh 17 Julai 2026 yang mendakwa Jemaah Menteri telah meluluskan cadangan projek pelebaran Lebuhraya PLUS menerusi Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI).

Menurut PMO, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mengeluarkan atau menandatangani surat berkenaan. PMO turut menafikan sebarang kaitan dengan dokumen dan kelulusan seperti yang didakwa.

“Surat tersebut adalah palsu,” menurut kenyataan PMO yang dikongsikan Anwar di Facebook hari ini.

PMO berkata, laporan polis telah dibuat berhubung pemalsuan dokumen serta penyalahgunaan nama Perdana Menteri dan identiti rasmi pejabat itu. Tindakan undang-undang sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak terpedaya atau menyebarkan dokumen berkenaan. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat