Pas ajak rakan-rakan PN sama-sama cari duit, bukan sekadar syok guna jentera, nak jadi ketua – Sanusi

KUALA LUMPUR – Rakan komponen dalam Perikatan Nasional (PN) ditegur agar bersama-sama membuat persiapan dalam bentuk kewangan untuk pilihan raya akan datang.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, Pas sebelum ini banyak berkorban menyediakan kewangan dan peralatan ketika berkempen termasuk mengerahkan jentera memenangkan setiap calon PN.

Beliau berkata, parti terbabit kemudian dilihat mahu menjadi ketua namun gagal menyedari realiti kekurangan yang dialami oleh mereka.

“Kita menghadapi rakan-rakan (dalam PN) yang bergantung kepada peralatan yang kita bayar. Di sini (Kedah), saya fikir di tempat lain sama juga.

“Satu cawangan kita minta RM120,000 untuk satu UPU (unit peti undi). Sebelum ni semua peralatan itu kita bayar, depa mai bertanding syok aja. Habis tu nak jadi ketua? Duit tak dak, jentera tak dak, (harap) kita (Pas) semua.

“Jangan sampai kita ungkit kesemuanya,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan Muktamar Tahunan Pas Ke-71 di Alor semalam, lapor Utusan.

Menteri Besar Kedah itu tidak menyebut mana-mana pihak, namun PN kini ditunjangi tiga parti utama iaitu Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).

Muhammad Sanusi beliau berharap rakan-rakan komponen dapat memahami situasi itu.

“Rakan-rakan yang tak bayar duit, tak ada peralatan, gantunglah kain batik dan kain pelikat, (kos pilihan raya) mahal ceq oi bukan murah,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat