PH Potong RM50 Elaun Nelayan, Kerajaan PN Naikkan Kembali Jadi RM300

Covid-19 Di India Sudah 6 Juta Kes

JUMLAH rakyat India yang dijangkiti dengan Covid-19, sudah melepasi 6 juta orang, kedua di belakang Amerika syarikat Dijangka menjelang hujung minggu ini, India akan mengatasi...

Bung Moktar Dilantik Timbalan Ketua Menteri Sabah (1)

KOTA KINABALU: Pengerusi Perhubungan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah, YB Datuk Sri Bung Moktar Radin hari ini mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri...

Peruntukkan RM6.37 Juta Untuk Program Rumah Rakyat Pahang

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang memperuntukkan RM6.37 juta untuk membina 98 Rumah Rakyat Pahang (RRP) sebagai salah satu kaedah supaya anak negeri Pahang berupaya memiliki...

Sejuta Orang Sudah Mati Akibat Covid-19, Dan Ini Kisahnya

SEORANG doktor China yang cuba memberi amaran. Seorang bapa kepada enam anak yang berhijrah dari Pakistan ke Amerika Syarikat untuk memberikan kehidupan yang lebih...

PKPDB: KWSP Tawau Dan Lahad Tutup

CYBERJAYA: Akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB),  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menutup  sementara pejabat dan kaunter di Lahad Datu dan...

BEAUFORT – Kerajaan bersetuju menaikkan Elaun Sara Hidup Nelayan dari RM250 kepada RM300 sebulan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya ingin ingatkan, sewaktu Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara, Warisan adalah sebahagian daripada PH. Di waktu itu, elaun sara hidup nelayan dipotong dari RM300 kepada RM250.

“Hari ini saya ingin umumkan, kita kembalikannya semula,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh ketika berucap melancarkan Skim Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit Huma, di Dataran Bagandang, di Beaufort, kira-kira 90 kilometer dari Kota Kinabalu, hari ini.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, dua timbalannya Datuk Seri Ahmad Hamzah dan Datuk Che Abdullah Mat Nawi, Ahli Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun dan bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman.

Skim itu antara lain memberi bantuan berupa geran, elaun, skim ternakan, dan zakat kepada golongan peladang, penternak dan nelayan yang layak mendapatnya dalam usaha membantu meningkatkan taraf hidup golongan itu.

Skim berkenaan melibatkan agensi seperti Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Agrobank.

Elaun sara hidup itu termasuk dalam skim yang dilancarkan itu memanfaatkan seramai 7,581 nelayan di Sabah.

Skim itu juga meliputi Insentif Skim Rezeki Ternak dengan peruntukan sebanyak RM1.73 juta yang akan memanfaatkan penternak ruminan dan penternak unggas berskala kecil dan sederhana.

Geran Agropreneur Muda dengan peruntukan sebanyak RM2.94 juta pula akan memberi manfaat kepada 182 usahawan dan Insentif Projek Pembangunan Industri Kopi dengan peruntukan RM556,000.

Muhyiddin berkata kerajaan mendengar dan memahami kesusahan golongan nelayan, penternak dan petani khasnya ketika negara berdepan pandemik Covid-19.

“Saya mendengar dan memahami kesukaran hidup golongan nelayan dalam berdepan saat-saat sukar negara menghadapi wabak Covid-19. Saya berharap kenaikan elaun ini akan sedikit sebanyak mengurangkan beban yang dihadapi,” katanya. – Bernama

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Bersahabat Biar Jujur, Ketua Armada Bersatu Jangan Melampau, Kata Dr Asyraf

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diingatkan tidak melampaui batas setelah sekian lama UMNO bertolak ansur dalam membentuk kerajaan Pusat dan kerajaan...

Shafie Apdal Kunci Mulut, Enggan Ulas Pelantikan Hajiji Sebagai KM Sabah

KOTA KINABALU – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengunci mulutnya daripada mengulas panjang mengenai perkembangan politik terkini di negeri...

Jangan Hanya Berpolitik, Sekarang Masa Selesai Masalah Rakyat – Bung Moktar

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu semua pihak dan kerajaan negeri yang baharu dibentuk ini melaksanakan tugas dengan baik. Tegas...