Langgar PKPP, Polis Tahan 292 Pengunjung Pub, Kelab Malam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Penahanan individu yang ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih tinggi dengan merekodkan 584 tangkapan sehingga jam 12 tengah malam semalam.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara kesalahan paling banyak direkodkan ialah aktiviti pub dan kelab malam seramai 292 individu serta gagal menjaga penjarakan sosial 224 orang.

Dari jumlah tangkapan itu, seramai 568 individu telah dikenakan kompaun, manakala 16 lagi direman.

“Rekod polis juga menunjukkan seramai 18 individu melanggar arahan PKPD, 17 individu gagal menyediakan peralatan atau merekodkan butiran diri, 14 orang tidak memakai pelitup muka, 13 kes menceroboh kawasan larangan dan enam pengusaha premis yang beroperasi lebih masa.

“Walaupun Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) hampir setiap hari mengeluarkan amaran dan nasihat, tetapi jumlah individu yang degil masih ramai,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Semalam, kata Ismail Sabri, pasukan keselamatan melibatkan polis dan anggota tentera menangkap 65 Pendatang Tanpa Izin (Pati) dalam Operasi Benteng Kawalan Sempadan Negara.

Katanya, turut ditangkap ialah masing-masing tiga penyeludup dan tekong dengan merampas 10 kenderaan darat yang digunakan untuk aktiviti menyeludup Pati melalui lorong tikus.

“Dari jumlah itu, seramai 27 Pati ditahan anggota tentera di Kompleks Rakan Muda, Bandar Penawar, Johor atas kesalahan cuba keluar dari Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan.

“Di Rantau Panjang, Kelantan pula, polis telah menahan seorang lelaki warga tempatan kerana terlibat dengan aktiviti penyeludupan,” katanya.

Kata beliau, sebanyak 81 sekatan jalan raya telah diadakan sepanjang Operasi Benteng semalam melibatkan polis, tentera, Agensi Penguatkuasaan Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem).

Menurutnya, kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguat kuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutama di lorong tikus. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat