Hentikan amalan beri ‘habuan politik’ dalam projek pembangunan perumahan – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu meneruskan amalan lama yang memberi ‘habuan politik’ dalam projek-projek pembangunan perumahan.

Menurutnya, amalan rasuah dalam pelaksanaan pembangunan perumahan perlu dihentikan segera bagi melaksanakan kerangka kemajuan terutama di Wilayah Persekutuan yang harus memenuhi syarat tertentu.

“Memang pada peringkat awal bila saya ambil alih tanggungjawab wilayah persekutuan, saya memang menghentikan projek-projek baru.

“Saya tidak mahu teruskan amalan lama dimana bila setiapkali ada ubahsuai kelulusan itu ada ‘habuan politik’. Ini amalan rasuah jijik yang merosakkan. Sebab itu saya tangguhkan peringkat awal.

“Bila kita sipakan kerangka wilayah persekutuan maka kita teruskan sekarang. Sebab ia memenuhi syarat dan ketat,” katanya ketika berucap di perasmian Majlis Pecah Tanah Residensi Wilayah dan Residensi Prihatin MADANI serta Pusat Penjaja MADANI di Desa Tasik Sungai Besi hari ini.

Anwar turut menekankan agar pertimbangan oleh pihak pemaju perlu dilakukan dalam membangunkan perumahan yang seimbang bagi semua golongan.

“Umpamanya bangunan boleh, pencakar langit, kondo berskala besar tetapi diimbangi dengan perumahan rakyat sederhana dan perumahan rakyat.

“Kita pertimbangkan kedua duanya. Wilayah persekutuan Kuala Lumpur harus terus dipacu pertumbuhannya dengan bangunan indah dan kediaman yang baik, restoran dan hotel lima bintang. Ini petanda kota berjaya dan makmur.

Namun jelasnya, bagi mewujudkan pembangunan perumahan ibukota Madani, semua pihak perlu memberi tumpuan tiga perkara iaitu keselesaan hidup, kehijauan kawasan, warung atau gerai madani untuk rakyat yang perpendapatan rendah.

“Tetapi harus ada juga kelainannya keunikannya iaitu ibukota yang prihatin. Ibukota madani. Maknanya sebahagian rakyat terutama yang berpendapatan rendah tidak boleh disishkan dari pembangunan.

“Bukan semua menduduki kawasan perumahan yang tinggi itu berpendapatan tinggi sahaja. Sebab itu gerai dan warung untuk rakyat mesti disediakan. Madani ini insani. Diangkat manusia itu. Semua ketagori. Residensi madani. Seluruh pembangunan itu kaya, mewah dan rakyat dasar falsafahnya sama.

“Saya nak anjurkan kepada pemaju untuk baiki kawasan terutama yang berpendapatan rendah. Sekiranya pendekatan ini kita gunakan setahun dua ini wilayah persekutuan akan bertukar wajah. Konsep pembangunan mesti indah.

“Mengenai gerai dan warung ini saya percaya dalam belanjawan madani oktober ini saya akan beri tumpuan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat