Berubahlah Umno sebelum jadi abu PRU16 nanti – Isham Jalil

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Isham Jalil mengingatkan Umno supaya sedar dan berubah sebelum menjadi abu pada pertempuran Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti.

Beliau malah mengingatkan supaya Umno mendengar suara akar umbi.

“Saya lihat jika tiada perubahan dalam Umno dan jika kita kekal sedia ada dan seperti biasa, itu membuatkan lawan kita dan Perikatan Nasional (PN) lebih suka dan bertepuk tangan.

“Sebab dengan ini lebih senang untuk mereka menewaskan dan menguburkan kita dalam PRU16 nanti.

“Ini peluang terakhir untuk kita bertindak sebelum kita menjadi abu. Kita perlu sedar. Dengarlah suara akar umbi,” seru Isham.

Barisan Nasional (BN) yang hanya memenangi 19 daripada 108 kerusi yang ditandingi pada PRN 12 Ogos lalu membuktikan pengundi khususnya Melayu menolak Umno.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat