Polis serbu, rampas ratusan kondom, ubat HIV ketika perjumpaan gay di Kelantan

KUALA LUMPUR – Perjumpaan makan-makan kumpulan gay di sebuah banglo di Jalan Kemumin, di Kota Bharu, Kelantan yang dipercayai disertai hampir 100 gay diserbu polis.

Serbuan dilakukan hasil risikan dan maklumat awam jam 1 pagi pada pertengahan bulan lalu itu turut membawa kepada rampasan ratusan kondom dan ubat HIV.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, ketika serbuan dilakukan hanya 20 lelaki ditahan, manakala yang lain dipercayai sudah pulang.

“Kita mendapat maklumat kumpulan gay berkenaan menyewa sebuah banglo untuk acara makan-makan dalam kalangan mereka dan hasil risikan kami pertemuan itu dihadiri hampir 100 gay.

“Namun ketika serbuan dilakukan sebahagian besar sudah pulang dan terdapat 20 lelaki ditahan. Kita turut merampas ubat HIV dan kondom.

“Kita percaya pertemuan itu diadakan untuk aktiviti hubungan terlarang berdasarkan penemuan kondom dan ubat HIV, namun aktiviti hubungan itu belum lagi dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Polis di Kota Bharu, lapor BH pada Khamis.

Beliau berkata, hasil soal siasat terhadap 20 lelaki yang ditahan, mereka mengaku sebagai penghidap HIV dan menyediakan perkhidmatan secara percuma kepada mereka yang berminat.

“Daripada 20 lelaki berkenaan, tiga daripadanya kita berjaya tuduh di mahkamah memandangkan terdapat video hubungan terlarang lelaki sesama lelaki dalam telefon bimbit mereka.

“Kesemua mereka yang menyertai pertemuan itu adalah orang Kelantan dan masing-masing mempunyai pekerjaan. Majlis pertemuan itu juga dimuat naik di media sosial untuk menarik lebih ramai peserta,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, pihaknya akan menjalankan risikan lanjut berhubung sejauh mana aktiviti itu berlaku di negeri ini.

“Kita tidak tahu sejauh mana serius kes ini di Kelantan memandangkan ini adalah kes yang pertama. Namun kita akan pertingkatkan risikan lanjut bagi mengekang kegiatan itu,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat