Bukan semua politik sayap ‘kiri’ melampau – Nik Nazmi

KUALA LUMPUR – Tidak semua politik haluan kiri atau politik sayap kiri itu membawa ideologi melampau.

Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad mempersoalkan apa salahnya jadi kiri?

“Apa salah jadi kiri? Bukan semua kiri tu melampau.

“Ahmad Boestamam, Dr Burhanuddin al-Helmy, Pak Sako, Khatijah Sidek- mereka kiri nasionalis yang lebih ke depan impikan tanah air merdeka,” tegas bekas Naib Presiden PKR itu di X.

Ciapan bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam itu kemudian mendapat reaksi pengguna X lain dengan memberitahunya, dalam Islam kiri itu kurang afdal daripada kanan.

Wakil rakyat PKR itu membalas dengan memberitahu, “Saya merujuk tentang politik. Istilah kiri, kanan politik hasil Revolusi Perancis”.

Di dunia Barat, istilah “sayap kiri” selalu dikaitkan dengan demokrasi sosial dan liberalisme sosial (tetapi bukan liberalisme klasik), serta juga (khususnya di Eropah Barat) negara kebajikan dan sosialisme demokratik.

Di Eropah Timur, Asia, Amerika Selatan, dan Afrika, istilah itu sering dikaitkan dengan Marxisme-Leninisme dan/atau Maoisme, serta isu-isu seperti anti-imperialisme dan pengagihan semula tanah.

Secara amnya, sayap kiri mendukung masyarakat sekular dan pelbagai budaya, dengan peranan penting untuk kerajaan kebangsaan. Sayap kiri dihubungkaitkan dengan beberapa bentuk popularisme, komunitarianisme, sindikalisme, gerakan kesatuan sekerja, anarkisme, libertarianisme kiri, sosialisme malah sejauh fahaman komunisme.

Difahamkan Nik Nazmi merujuk kepada kenyataan PKR Wilayah Persekutuan kecewa terhadap tindakan ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli yang didakwa seperti mahu memusnahkan parti itu dari dalam.

Pengerusi interimnya Datuk Azman Abidin berkata, sejak kalah jawatan timbalan presiden pada pemilihan PKR, Rafizi dilihat berhaluan kiri yang menghentam dan menikam parti dari belakang.

“Saya dan ahli-ahli yang lain sangat-sangat kecewa. Apa niat dia sebenarnya?

“Apakah beliau berniat menghilangkan keyakinan anggota dan rakyat kepada parti dan kerajaan?

“Saya berpandangan tingkah laku Rafizi dilihat seperti berpatah arang selepas tidak dapat menerima realiti kekalahan baru-baru ini dan matlamatnya kini adalah untuk memastikan kerajaan ini semakin lemah tanpa keberadaannya dalam parti,” katanya.

Azman yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan Rafizi itu juga jelas terpesong daripada landasan perjuangan sedia ada.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat