Legenda rap AS meninggal dunia

- Advertisement -

Los Angeles: Legenda rap, Biz Markie, 57, meninggal dunia selepas mengalami dua komplikasi diabetes di sebuah hospital di Baltimore, hari ini.

Biz atau nama sebenarnya Marcel Theo Hall dilaporkan sudah mengalami masalah kesihatan itu sejak beberapa tahun lalu.

Kematian penyanyi yang popular menerusi lagu Just A Friend itu disahkan jurucakapnya Jenni Izumi.

Menurutnya, Biz meninggal dunia di sisi keluarganya.

“Dengan kesedihan mendalam, kami umumkan pelopor hip hop Biz Markie meninggal dunia dengan tenang di sisi isterinya Tara, hari ini.

“Kami sangat berterima kasih kepada semua yang menghubungi serta sokongan doa pada waktu sukar ini. Biz mencipta legasi seni yang akan diraikan selamanya orang industri serta peminat menerusi sentuhan muziknya sepanjang 35 tahun.

“Dia meninggalkan seorang isteri, ramai ahli keluarga dan rakan terdekat yang pasti akan merindui personaliti riang, jenaka serta sifat kelakarnya,” katanya.

Tahun lalu, penyanyi itu pernah dimasukkan ke hospital berikutan pelbagai masalah kesihatan yang berkait dengan penyakit diabetes dihidapinya.

Kerjaya muzik Biz pernah memuncak sekitar tahun 1989 dengan kejayaan lagu Just A Friend itu. Bagaimanapun, pada 1990-an, dia antara penyanyi rap yang disaman kerana kesalahan hak cipta lagu.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat