Tidak Perlu Rosakkan Reputasi Saya – Bekas CEO PNB

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Permodalan Nasional Berhad (PNB) Abdul Jalil Rasheed meminta pihak tertentu agar berhenti mensensasikan isu dan cuba merosakkan reputasinya.

Beliau melalui laman Twitternya sebentar tadi turut mempertahankan kelayakan akademiknya dengan mendakwa semua bekas majikannya sebelum ini tidak mempunyai masalah dengan ijazahnya.

“Dalam setiap pekerjaan, pemeriksaan latar belakang dijalankan oleh pihak ketiga dan pemeriksaan lanjut dengan majikan terdahulu. Tidak pernah jadi masalah, sehinggalah ini. Ijazah saya diserahkan kepada setiap majikan, jadi mereka tahu.

“Pemeriksaan yang tepat akan menunjukkan mengapa ia (diberikan di bawah) UoL/LSE kerana cara kuliah diatur di bawah universiti,” kata Jalil melalui Twitter.

Jalil turut mendakwa terdapat e-mel daripada universiti mengesahkan perkara itu.

Beliau sekali lagi menjelaskan bahawa beliau mengundurkan diri kerana tidak berpuas hati dengan “arah” syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu.

“Jika seseorang tidak menyukai saya, boleh saja memberitahu saya (tidak ada yang melakukannya), dan saya akan mengundurkan diri. Mudah. Tidak perlu semua ini,” katanya.

London School of Economics and Political Science (LSE) semalam mengesahkan Jalil bukan graduannya.

Beliau yang juga bekas presiden dan ketua eksekutif kumpulan (PGCE) Permodalan Nasional Berhad sebelum ini dilaporkan mendakwa merupakan pemegang ijazah daripada University of London.

“Berhubung latar belakang akademik Jalil Rasheed, penjelasan rasmi daripada pihak LSE mengesahkan bahawa beliau seorang graduan yang memegang ijazah daripada University of London bukan merupakan seorang graduan daripada LSE.”

Perkara tersebut dinyatakan dalam jawapan bertulis kepada soalan daripada Ong Kian Ming (PH-Bangi) yang meminta Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menjelaskan mengenai peletakan jawatan bekas PGCE PNB.

Pada 13 Jun 2020, Jalil menyerahkan surat peletakan kedua-dua jawatannya atas sebab peribadi.

“Peletakan jawatan ini diterima oleh Lembaga Pengarah PNB pada Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah pada Isnin 15 Jun 2020.”

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat