18 Kes Jangkitan Baru Covid-19 Termasuk 10 Kes Import – KKM

Peruntukan JPM naik 10.7 peratus, tapi semua duta khas cuma di Kuala Lumpur – Anwar

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut jawapan daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung peningkatan 10.7 peratus peruntukan kepada...

Perincian i-Sinar diumum KWSP pada 2 Dis

CYBERJAYA: Perincian berkenaan program i-Sinar seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 akan diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Rabu depan. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri...

Ada banyak lagi rekod yang Bersatu malu nak berbangga – Puad

KUALA LUMPUR – Pada pehimpunan agung Bersatu kali ketiga hujung minggu lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pimpinan parti itu mendedahkan “pencapaian terbaik” yang...

Lebuh Raya CSR, KBKK dijangka siap 2025 – Mustapa

KOTA BHARU: Projek pembinaan Lebuh Raya Utama Tengah (CSR) dan Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai (KBKK) dijangka siap sepenuhnya pada 2025, kata...

Boleh Bagi TPM Kepada UMNO, Tapi Keputusan Di Tangan Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Keputusan melantik Timbalan Perdana Menteri terletak sepenuhnya di tangan Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk...

KUALA LUMPUR – Kes positif COVID-19 di Malaysia kembali kepada dua digit berikutan terdapat 18 lagi kes baharu positif yang dilaporkan pada Jumaat.

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini, ia menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di negara ini adalah sebanyak 8,755 kes.

Dr Noor Hisham berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 ialah 92 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

“Daripada 18 kes baharu yang dilaporkan, 10 kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan tujuh orang warganegara Malaysia dan tiga bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia atas urusan kerja.

“Daripada lapan kes penularan dalam negara, enam kes adalah di kalangan warganegara Malaysia dan dua kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia,” kata Dr Noor Hisham dalam kenyataan yang diedarkan.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara di kalangan warganegara Malaysia (6 kes) adalah;

• Sarawak: Empat (4) kes:

– Satu kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI) di Hospital Umum Sarawak

– Satu kes daripada Kluster Pusat Perubatan Kuching. Kluster ini akan diperincikan di bawah

– Dua kes saringan di tempat kerja. Mereka tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak

• Terengganu: Dua kes daripada Kluster PUI Pitakwa. Kluster ini akan diperincikan di bawah:

Bagi kes jangkitan dalam negara (dua kes) dalam kalangan bukan warganegara pula adalah seperti berikut:

• Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Satu kes daripada Kluster PUI Shirala. Kluster ini akan diperincikan di bawah;

• Selangor: Satu kes saringan sebelum berlepas ke luar negara. Beliau tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Dalam pada itu, beliau berkata, tiga kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada Jumaat.

“Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,541 kes (97.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, tiada sebarang kematian berkaitan COVID-19 direkodkan hari ini.

Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 122 kes (1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga kini, terdapat tiga kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Sedia Berbaik Semula, Syaratnya Muhyiddin Perlu Tolak UMNO – Mahathir

KUALA LUMPUR - Jika kena ‘caranya’, tidak mustahil akan berbaik-baik semula dengan Perdana Menteri, akui Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hubungannya dengan Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Berita Berkaitan

Peruntukan JPM naik 10.7 peratus, tapi semua duta khas cuma di Kuala Lumpur – Anwar

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut jawapan daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung peningkatan 10.7 peratus peruntukan kepada...

Perincian i-Sinar diumum KWSP pada 2 Dis

CYBERJAYA: Perincian berkenaan program i-Sinar seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 akan diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Rabu depan. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri...

Lebuh Raya CSR, KBKK dijangka siap 2025 – Mustapa

KOTA BHARU: Projek pembinaan Lebuh Raya Utama Tengah (CSR) dan Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai (KBKK) dijangka siap sepenuhnya pada 2025, kata...